Selalunya jika tak balik kampung, aku akan bersolat sunat raya di masjid yang berhampiran dengan tempat kerja. Biarpun jauh sedikit, namun aku tak kisah kerana suka dengan suasananya. Nyaman terasa bila berada di masjid yang sebahagian kosnya adalah sumbangan Raja Arab Saudi yang terdahulu. Tapi raya aidil adha kali ni, aku & keluarga bertukar arah, solat kat masjid yang dekat dengan rumah pula di bandar BB.
Masjid BB ni sebenarnya agak terkenal di daerah ini kerana aktif dalam menganjurkan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan seperti kursus perkahwinan dan program untuk pelajar2 sekolah. Sebuah pejabat Pusat Urus Zakat juga berada di sudut masjid ini. Ketika bulan Ramadhan, lagilah bertambah meriah, bukan setakat ramainya orang datang solat terawih di sini tetapi juga kerana terdapat bazar Ramadhan yang besar dan popular di tempat parkir masjid. Kadang2 pihak masjid akan menyewakan padang tempat letak keretanya kepada peniaga2 yang ingin mempromosikan jualan mereka seperti perabot dan pakaian.
Aku teringat beberapa artis dan personaliti terkenal yang berasal dari sini pernah melangsungkan pernikahan mereka di masjid ini. Beberapa bulan dulu, sepupu perempuanku juga menjadikan masjid ini sebagai tempat untuk diijab kabul. Pendek kata, pihak pengurusan masjid begitu cekap dalam mengimarahkan masjid yang terletak di tengah-tengah bandar dan di kelilingi gedung2 pasaraya yang besar dan terkenal. Ia juga berdekatan dengan hotel Seri Malaysia dan Hospital Pantai.
Ketika menunggu untuk menunaikan solat, khatib membuat beberapa pengumuman tentang cara2 mengerjakan solat sunat Aidil Adha. Setelah itu, khatib tersebut membuat pengumuman di dalam bahasa Inggeris dan meminta jemaah2 yang berasal dari Bangladesh menunggu sehingga selesai khutbah. Kerana selalunya mereka akan meninggalkan masjid setelah selesai solat disebabkan tidak memahami khutbah yang dibacakan dalam bahasa Melayu. Memang ramai warga asing terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia yang solat di sini.
Selesai solat, apabila masing2 dah buka telekung solat, barulah kelihatan baju2 raya yang dipakai. Aku tersenyum sendiri bila melihat ada yang mengenakan selendang yang berkilat2 seperti pengantin, recycle baju pengantin agaknya.....hehhehehe....Aku sendiri mengenakan baju raya yang telah dikenakan semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu kerana baju yang kutempah tidak menjadi (hampehhhh....). Macam2 fesyen dan warna yang dipakai namun masih sopan. Tapi yang mengejutkan apabila terdapat beberapa wanita yang hanya memakai jeans ketat dan t-shirt singkat di dalam masjid. Ada juga yang memakai kain belah hingga menampakkan paha. Begitu juga yang memakai seluar legging ketat yang selalunya dipakai untuk senaman aerobik atau berenang. Semua golongan ini tidak bertudung. Ya Allah...kenapa jahil sangat mereka ni, tak tahu ke adat2 untuk ke masjid....????? Susah sangat ke untuk mengenakan pakaian yang lebih sopan. Kalau ye pun kat luar tidak bertudung sekurang2nya hormatilah rumah Allah ini dengan berpakaian menutup aurat.
Daripada pengamatanku dan bahasa perbualan mereka, wanita2 ini merupakan warga asing yang rata2nya berasal dari Indonesia. Warga tempatan masih sopan dan memahami adat2 ke rumah Allah. Bagi aku, kalau dah tak reti nak pakai sopan, baik toksah datang solat di masjid. Elok dok kat rumah jer diam2. Ini kerana gelagat yang sebegini mencemarkan kemuliaan masjid dan menambahkan dosa jemaah2 lelaki yang memandang mereka. Yang peliknya salah seorang wanita golongan tersebut pandai pula memakaikan anak kecil yang dibawa dengan baju kurung dan tudung, tapi ibunya..... 'seksa' habis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan