Aku memang suka tulis pasal benda-benda yang aku suka makan. Ok la macam tu kan, baru bersemangat nak menulis, hehehe. Kali ini pasal cendawan pula, salah satu makanan kegemaran aku. Masak dengan sayur, dibuat sup atau digoreng, masak tomyam semuanya akan aku sapu licin. Dari kecil lagi memang aku suka, apatah lagi jika kat kampung dulu memang senang nak dapat cendawan percuma.
Teringat tahun lepas, ada kawan ofis yang pakar buat sup cendawan pernah bawa supnya ke pejabat. Apalagi akulah yang paling banyak menghabiskan supnya tu. Bermangkuk-mangkuk aku hirup, siap dengan homemade roti halia yang dia buat sendiri pula tu. Oh, memang sedap sangat-sangat, yummy!! Masa tu dah tak kira dah jika berat badan naik mendadak, hihi.
|
Aku memang gilakan mushroom soup, apalagi jika makan dengan ginger bread |
Tapi awas ya! Ada juga cendawan beracun! Jika beli kat pasar tu insyaAllah selamat, tapi kalau nak kutip sendiri di batang-batang kayu reput tu, perlu ada kepakaran. Ada macam-macam jenis cendawan ni, yang besar warna kelabu namanya cendawan tiram, yang kecil-kecil pun sedap iaitu cendawan sisir atau kukur. Ada yang macam butang, ada yang warna hitam, merah dan jingga.
Yang paling aku suka dan selalu dijual di pasar ialah cendawan tiram. Yang biasanya digoreng dan dijual di pasar-pasar malam pun dari jenis ini. Cendawan kukur pula memang susah nak jumpa, selalunya tumbuh secara semulajadi pada batang kayu reput dan batang getah, rasanya pun memang tak kurang hebat.
|
Cendawan tiram goreng, pun memang aku suka sangat-sangat. |
Selalu aku tertanya-tanya, apa kebaikan cendawan ya. Main makan jer, tapi aku yakin memang ada khasiatnya. Setelah di google-google banyak betul rupanya kebaikan cendawan, memang tak sia-sialah jadi makanan kegemaran aku selama ini ya, hehehe.
1. Cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambahkan insulin di dalam darah. Sangat bagus untuk elakkan dari terkena diabetes.
|
Sayur cendawan, memang membuka selera. |
2. Cendawan berupaya membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
3.
Cendawan kukur atau nama saintifiknya
Schizophyllun commune mengandungi schizophyllan iaitu sejenis bahan dalam ubat anti tumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, anti radangan, anti bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
|
Cendawan kukur, mudah didapati di kampung, digoreng dengan telur pun sedap |
4.
Cendawan jarum emas pula merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Kebaikan lain ialah cendawan ini juga adalah agen anti radangan dan melindungi gen daripada mengalami kerosakan DNA.
|
Cendawan jarum emas, nampak macam sedap, tapi tak pernah makan pun. |
5. Pernah dengar nama
Cendawan Bunga Kobis atau
Hericum erinaceum ? Aku sendiri pun baru pertama kali dengar, rupanya pun tak pernah tengok, tapi sangat berguna untuk membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf. Selain itu ia juga boleh merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan Alzheimer. Kebaikan lain ialah ia berupaya menguatkan otot, gerak balas motor, fungsi kognitif, merawat ulser perut dan meningkatkan sistem imuniti badan.
|
Cendawan Bunga Kobis, selama ni tak tahu pun cendawan jenis ini wujud, huhu. |
6.
Cendawan tiram inilah yang paling aku suka makan. Yang selalu aku lihat hanyalah jenis cendawan tiram kelabu (
Pleurotus sajor-caju), tapi rupanya banyak jenis lagi yang ada, iaitu tiram merah jambu, tiram kuning dan tiram putih. Kebaikan cendawan ini ialah ia berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti, menghalang pertumbuhan tumor, agen anti oksida dan mengandungi kalsium yang tinggi.
|
Cendawan tiram kelabu, tengok mentah-mentah macam ni pun rasa macam geram nak makan, hehe. |
7. Pernah jugalah tengok cendawan warna oren atau merah kat batang-batang kayu reput, tapi tak pastilah sama ada ia
cendawan Ling Zhi atau bukan. Ling Zhi ni nama dalam bahasa Cina, dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai Reishi, manakala nama saintifiknya ialah
Ganoderma lucidium. Selain dijadikan pil-pil kesihatan dan ubat ginseng, ia juga sekarang terkenal sebagai serbuk minuman.
|
Cendawan Ling Zhi, lihat rupanya pun dah tahu bagus untuk buat ubat. |
Cendawan Ling Zhi mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang mana ia dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Antara khasiatnya yang dikenal pasti ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, merawat usus, buasir, tonik untuk selsema, mengawal tekanan jantung, melegakan batuk, mengeluarkan kahak, menenteramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
8.
Cendawan Butang ni biasanya digunakan untuk buat sup cendawan. Disebalik keenakan supnya ia juga kaya dengan vitamin dan galian yang mana ia mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah adalah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Ia juga rendah kalori yang mana lima cendawan butang bersaiz sederhana hanyalah mengandungi 20 kalori. Kelemahannya ialah ia mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara selama 10 minit, di mana ia bertukar menjadi lembik, bertukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
|
Cendawan Butang, sedap dibuat sup...ermmmm, enaknya!! |
9.
Cendawan Shiitake ini biasanya sering kita lihat dalam masakan Cina atau masakan di hotel dan restoren-restoren besar. Dalam masakan Melayu memang jarang kelihatan cendawan ini digunakan. Ia boleh disediakan dalam bentuk segar atau kering. Cendawan ini mengandungi asid amino, pelbagai vitamin dan mineral.
|
Cendawan Shiitake, Gunung Jerai, Kedah merupakan salah satu ladang yang mengusahakannya. |
Khasiat cendawan ini disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Oleh itu ia dikatakan boleh memberi tenaga kepada sistem imun dan menguatkan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Lentinan ini juga sangat efektif menentang influenza. Ia juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat pertumbuhan semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
Sumber : http://cendawanglobal.blogspot.com.
Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga group📢
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.
Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.
2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻
3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:
▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.
.................................................................
▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
..................................................................
▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.
Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.
...............................................................
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570