My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 7 November 2010

Owhhh....enaknya....nasi daripada beras Bario Sarawak

Menikmati keenakan juadah tengahari tadi dr beras Bario Sarawak, membuatkan aku tertanya2 di manakah ia dihasilkan. Beras yg berwarna kemerah2an ni dibeli oleh suamiku ketika berkunjung ke Sarawak baru2 ini. Komen seorg rakan yg mengatakan beras ni memang byk khasiatnya membuatkan aku tak sabar-sabar lagi mencari informasi tentang beras Bario ni. 

nasi dari beras Bario Sarawak yg errmmm....enak


Tanah Tinggi Bario, Sarawak
Beras ini ditanam di daerah pedalaman Bario di Sarawak. Bario merupakan tanah tinggi yg terletak di utara Sarawak yg didiami oleh masyarakat kelabit. Bario adalah gabungan dua perkataan berbeza iaitu ´Ba´ dan `Rio.´Ba´ membawa maksud sawah manakala `Rio´ bermaksud angin. 

Terletak pada ketinggian 3,280 meter dari aras laut, tentulah daerah ini sentiasa diselubungi suhu nyaman yang boleh mencecah 11 darjah celsius. Ia mempunyai 14 kampung dengan kira-kira 2,000 penduduk. Kawasan ini berhampiran dengan sempadan antarabangsa iaitu di antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. 


Padi yg ditanam di perkampungan Bario
Utk ke Bario ia mengambil masa kira2 50 minit penerbangan dr Miri atau 40 minit dr Marudi. Melihatkan daerah yg terpencil dan jauh dari pencemaran kota ini,dah tentu padi yg ditanam cukup berkhasiat,bersih dan bebas pencemaran.
                                                 
Khasiatnya belum dapat dipastikan lagi, tetapi dikatakan ia adalah rendah kanji, disamping bebas bahan kimia kerana baja kimia tidak digunakan untuk penanaman padi ini. Walau bagaimanapun ia diyakini mempunyai khasiat seperti mana beras asli perang yg lain iaitu 100% khasiat semulajadi yg berkesan melembutkan kulit kasar, membantu menangani masalah seperti lelah, insomnia, buasir, masalah pundi kencing, mengurangkan tahap gula dlm darah serta memperbaiki penghadaman dan mencegah sel2 kanser dr merebak. 

beras Bario RM10 sekilo
Teksturnya yg lembut dan berbau harum membuatkan aku rasa seperti nak makan banyak-banyak. Uniknya nasi dr beras Bario ni, walaupun dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut kita senak kekenyangan. Hmmmm....bagi anda yg akan berkunjung ke negeri Sarawak jgn lepaskan peluang untuk membeli beras ini untuk dibawa pulang ya...Walaupun harganya mahal iaitu kira2 RM10 sekilo, sesekali makan nasi yg enak dan lembut macam ni, apa salahnya kan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan