My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 7 November 2010

Awas Bila Beli Kacang Hijau

Ketika menonton tv @ budaya baru kita sekarang...ketika asyik berfacebook & menulis blog....kadang2 terasa nak makan sesuatu yg ringan spt biskut dan kacang. Kacang hijau yg banyak dijual di kedai2 mahupun di pasaraya2 tentunya tidak sukar didapati. Namun begitu sedarkah anda, hasil kajian drp Pusat Racun Negara (USM) kira-kira 4 bulan yg lalu menunjukkan terdapat pasaraya yg menjual kacang hijau yg mengandungi bahan kimia yg memudaratkan tubuh manusia.

                                                    sumber foto : isuhangat.net

Kacang hijau yg asli mengandungi dua kali ganda protein dari sayur-sayuran, malah boleh jadi pengganti daging. 3/4 cawan kacang memberikan 6 gram protein, tiamin plus, riboflavin, niacin, kalsium, besi, fosforus, kalium dan 645 unit vitamin A. Wow!!! Banyak khasiatnya bukan...Malangnya sebahagian besar industri makanan ringan di negara-negara membangun termasuklah negara kita berlaku penipuan dengan penjualan kacang hijau palsu yang terdiri daripada racun bahan kimia (pewarna). Industri-industri ini menyediakan kacang seperti kacang rebus yang berwarna coklat (lebih murah) kemudian merendamnya dalam larutan pewarna hijau semalaman.

Semua bahan kimia ini telah dilarang oleh makanan AS pada tahun 1974 . Kesan daripada pewarna kacang hijau palsu boleh merosakkan usus besar dan menyebabkan kanser pundi kencing. Semua kacang hijau palsu dilarang di AS, Kanada, negara2 Eropah dan negara-negara maju lain.


Mengenal-pasti kacang hijau palsu:


1. Masukkan kacang hijau dalam air mendidih selama 30 saat, ternyata air bertukar kepada warna hijau.

2. Setelah makan kacang hijau palsu ini, lidah anda akan mempunyai kesan berwarna hijau dan rasa pahit.


Gejala :


1. Sakit perut.

2. Air kencing berubah menjadi seakan warna hijau.

3. Sakit kepala ringan.


         lihatlah perbezaan warna yg ditujukkan oleh kacang hijau asli dan yg tiruan
                                                     sumber foto : isuhangat.net

          ujian di makmal USM menjumpai bahan pewarna tiruan di dalam kandungannya.
                                                     sumber foto : isuhangat.net

Pilihan terletak di tangan anda....luangkan sedikit masa untuk menilai kacang hijau yg dibeli. Dan mungkin tak salah jika kita memilih yg mahal sedikit, asalkan kualiti terjaga kan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan