My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 20 Ogos 2011

Surat Wasiat Dari Penjaga Makam Nabi Muhammad SAW

Ini merupakan surat wasiat daripada penjaga makam Rasulullah SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Arab Saudi). Pada suatu malam ketika beliau membaca al-Quran di makam Rasulullah SAW, menurutnya selepas membaca al-Quran lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba : " Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman, yang mana :
a) Isteri tidak mendengar kata suami.
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
c) Orang tidak lagi berzakat dan membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang Islam supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba dimana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

Oleh itu pesan Sheikh Ahmad :
a) Berselawat - untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
b) Bertaubatlah dengan segera - sementara pintu taubat masih terbuka.
c) Bersembahyang lah.
d) Berzakat - jangan ditinggalkan.
e) Menunaikan fardhu haji - bila berkemampuan.
f) Jangan menderhaka - kepada kedua ibu bapa.