My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 31 Mac 2012

11 Sebab Anda Mesti Selalu Senyum

Biasa yang kita dengar, senyuman itu suatu sedekah, selain itu apa lagi? Petua awet muda, boleh hilangkan stress, mencantikkan wajah. Rata-rata orang jika bergambar mesti nak pose dalam keadaan senyum kan. Sebab tu ada orang akan cakap "cheese" supaya semua orang yang tengah bergambar tu tersenyum. Selain dari sebab-sebab di atas ni sebenarnya ada 11 fakta yang amat menarik tentang senyuman, mari kita baca :-

1. Suatu Bentuk Senaman
Senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon.


2. Membetulkan Aliran Darah
Apabila kita tersenyum, badan kita pun sebenarnya akan turut tersenyum dan memperlahankan  aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Kurangkan Penggunaan Otot Muka
Kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.

4. Mengurangkan Kesakitan
Senyuman dapat menghasilkan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.

5. Manfaat Kardiovaskular
Jika anda ketawa dengan perasaan gembira sebanyak 100 kali sehari ia mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.

6. Meredakan Stress
Kajian oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California mengkategorikan senyuman sebagai terapi stress yang baik.


7. Menguatkan Sistem Imuniti Badan
Apabila kita senyum , sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

8. Meredakan Tekanan Darah
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen ke dalam darah dan merangsang proses penyembuhan.

9. Melindungi Diri Dari Pelbagai Penyakit
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser.


10. Baik Untuk Kesihatan Otak
Senyum dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru dan lebih cepat menerima ilmu.

11. Baik Untuk Fungsi Usus
Ketawa juga mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.