Gaya hidup zaman ini yang semakin pantas mengejar masa, menyebabkan ramai di antara kita memilih makanan segera sebagai menu hidangan. Apa lagi jika tinggal di bandar besar, tinggal pilih saja makanan segera yang diingini, semuanya di depan mata. Dah la tu, jika malas nak pergi beli, mereka boleh hantarkan ke rumah. Dengan satu panggilan telefon, makanan akan datang menemui kita. Tak cukup cash, kad plastik pun boleh dipakai. Ada yang beroperasi 24 jam atau sekurang2nya hingga larut malam, memudahkan lagi perut diisi. Tapi di sebalik kemudahan dan keenakannya pernahkah kita terfikir akan kesan sampingannya.....??
Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
Ketahanan badan menjadi lemah
Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak
Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.
Diabetes
Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
Kanser
Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?
Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan
Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti sedap kan? Tapi anda kena ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Kalau nak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:
i) Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
ii) Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
iii) Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
iv) Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi.
tq... it's helping me to do my folio.. :)
BalasPadamso creative u are... hehehe... nice bl0g.... from(s0meb0dy that u used 2 kn0w)>.<
BalasPadamentri yang ringkas tapi jelas kandungannya. tq atas perkongsian yang bermanfaat :)
BalasPadamtq !! sgt membantu untuk buat karangan ^^^
BalasPadam