Setiap kali melewati Pulau Banding dan Tasik Temenggor ketika melalui Lebuh Raya Timur Barat, biasanya aku dan keluarga akan singgah seketika di Tasik ini. Tasik Temenggor ni terwujud disebabkan pembukaan Empangan Temenggor untuk janakuasa elektrik hidro pada tahun 70-an. Air yang terkumpul di Tasik Temenggor pula disalurkan ke Perak dan Pulau Pinang sebagai bekalan air bersih. Oh, patut la aku rasa macam sedap jer air di Penang ni, hehe.
|
The great view of Tasik Temenggor, cantik kan. |
Menyaksikan indahnya tasik buatan manusia ini hati tertanya-tanya best ke kalau dapat tinggal di resort kat sini. Tapi bila hubby yang pernah datang berkursus di sini beritahu, harga resortnya paling murah pun RM350 semalam, aku batalkan hasrat hati. Udah ler tak dapat talian internet, mahal pula tu, getus hatiku.
|
kedua-dua resort dipisahkan oleh Jambatan Banding dan Tasik Temenggor |
Kali ini ketika menghala ke Timur, aku perasan ada hotel baru bersebelahan Tasik Temenggor tu. Selang satu jambatan dengan resort yang dah lama bertapak di situ, membuatkan resort ini bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh Tasik Banding atau Temenggor. Banding Lake Side Inn namanya. Setelah di google-google, Oooo, Ok lah harganya daripada RM180-600. Jadi semasa menghala balik ke Utara kami mengambil keputusan untuk bermalam di sini.
|
Pandangan depan Banding Lake Side Inn Hotel & Resort
|
|
Pandangan belakang Resort, menghadap ke tasik, menjanjikan penghuninya suatu view yang indah |
Oleh kerana nak bilik yang mengadap tasik, kami ambil bilik yang mahal sikit, RM230 semalam, jenis superior. Wah! Memang cantik sangat pemandangan dari bilik resort. Nyaman dan tenang jer rasa. Ada balkoni pula tu untuk menikmati keindahan tasik dengan lebih terbuka.
|
Tambah sikit duit, boleh dapat bilik yang view mengadap Tasik Temenggor |
Boleh tahan luas dan selesa biliknya untuk keluarga seramai 4 orang. Si kecil dah berkira-kira nak mandi kat kolam nanti. Teringin juga nak menjelajah Tasik Temenggor dengan bot, tapi bila fikirkan harganya mencecah RM70 seorang, huhu, lain kali jer lah.
|
Selesa, cozy room |
Banyak sebenarnya aktiviti yang ditawarkan oleh pihak resort seperti eksplorasi ke hutan Belum, melawat perkampungan orang Asli, melihat bunga Rafflesia, berpiknik di lata air terjun, memancing di Tasik Temenggor dan macam-macam lagi lah, siap duit jer, hehe.
Bagi yang nak anjurkan acara-acara rasmi pejabat pun boleh sebab resort ni lengkap dengan dewan-dewan dan bilik-bilik mesyuarat. Sambil-sambil berbengkel atau berkursus pihak resort boleh sediakan acara team building, corporate game, indoor game dan barbekue di tepi kolam. Jika nak buat hari keluarga pun sangat-sangat sesuai.
Sebab sebenar aku nak sangat tidur kat sini kerana nak tahu macam mana rasanya tidur kat tengah-tengah hutan ni. Ngeri ke rasanya, sejuk gigil-gigil ke, sebab tak pernah la tidur betul-betul kat tengah hutan. Masa pergi Kundasang sebelum ni pun, tempat tu ada perkampungan kecil. Ketika berkhemah masa join PBSM dulu-dulu pun memang lah dalam hutan, tapi tak jauh dari penempatan orang ramai. Resort ni betul-betul jauh ke tengah hutan Belum, hanya ada kem tentera saja yang berdekatan. Perkampungan orang asli pun terletak di pulau lain, kena naik bot pula untuk ke sana.
|
Pulau Banding yang dikelilingi Tasik Temenggor |
Waktu malamnya tidak lah sejuk, biasa saja, sejuk lagi Kundasang atau Cameron. Cuma agak banyak serangga berterbangan dan sesekali terdengar bunyi-bunyi yang agak pelik macam bunyi monyet. Pada mulanya ingat nak makan malam di kafe resort, tapi bila tengok lauk-pauk pun dah tinggal sikit, tapi tetap kena bayar RM30 seorang, kami batalkan hasrat nak makan di situ. Nasib baik ada warung di kaki bukit hotel yang boleh kami tumpang makan. Cuma RM30 untuk 4 orang, memang murah, boleh tahan sedap juga makanannya. Rupa-rupanya warung tersebut kepunyaan resort juga. Tak pasti lah kenapa diwujudkan di tepi lebuh raya tu, mungkin sebab nak tarik lebih ramai pelanggan ke hotel kot atau sebagai pilihan lain kepada pengunjung .
|
Makan kat sini jer, huhu. Tapi tak kurang enaknya sebab pihak hotel juga yang masak |
Sarapan pagi di kafe Panorama merupakan pengalaman yang menarik sebab kafe ni pun betul-betul mengadap tasik. Sarapan pagi adalah percuma sebab dah termasuk dengan harga bilik. Lepas sarapan, temankan si kecil mandi-manda di kolam. Seronok betul dia sebab tak ramai budak-budak, bolehlah konker kolam sorang-sorang. Kolam pun besar, bersih dan cantik. Sambil berenang boleh saksikan keindahan Tasik Banding, memang mengasyikkan.
|
Lobi hotel, nun di hujung sana terletak Panorama Cafe
|
|
Berenang sambil menyaksikan keindahan alam semulajadi |
Oh ya, resort yang satu lagi tu namanya Belum Rainforest Resort. Dah agak lama bertapak di situ, kepunyaan Kumpulan Emkay. Mungkin lain kali aku nak rasa menginap di situ pula. Tengoklah kalau tak sayang duit kan, hehe. Tapi dengar-dengarnya kalau ada promosi boleh dapat harga sebilik RM268. Hrrmm, boleh cuba tu.
|
Belum Rainforest Resort, wish to stay here after this. |
cantik gak tempat ni
BalasPadamcntek & tenang sangat....nk lebih menarik try la naik bot, visit kg org asli & gi tmpat bunga Rafflesia brkembang, hehe.
Padamakk nk tnya ckit leh? tempat ni memg bagus ke untuk team building yer?
BalasPadamTempat ni selamat x utk psngn couple
BalasPadamHahahaha. Tergelak baca soalan ni. 'Couple' tu maksudnya pasangan. Pasangan yang awak maksudkan ni halal ke tak halal? Kalau yang dah halal kat memana pun selamat. Kalau tak halal tu kat memana pun takkan selamat. Allah nampak :)
Padam