Bila teringatkan kopi.....hmmmm....enaknya rasa....perghhh...macam nak minum banyak2 setiap hari....begitulah kalau dah gila kopi kan....
Tapi harus diingat, kalau sukakan sesuatu pun tak leh la berlebih-lebihan, nanti memudaratkan kesihatan pula...
Jom kita tengok, apa kebaikan kopi :
1. kafein di dalam kopi mampu tingkatkan paras tenaga, yg boleh optimumkan persembahan atletik, kapasiti otot dan daya ketahanan. Dgn itu anda boleh melakukan senaman lebih efektif utk jangka masa pjg.
2. Kafein mengerah otot menggunakan simpanan lemak dlm badan seperti kereta yg perlukan petrol. Cara ia memecahkan lemak adalah dengan meningkatkan metabolisme badan....aiii...boleh lebih slim nampaknya...hheheehe...
3. Org yg mengambil kafein bekerja dgn lebih baik berbanding dgn yg tidak.
4. Kafein meningkatkan paras dopamine dlm otak, menjadikan anda berasa sihat secara optimum.
5. Kafein menghasilkan stimulasi pada otak dan bahagian lain yg lebih penting dlm sistem saraf.
6. Mengandungi anti oksidan yg membantu memperbaiki sel rosak disebabkan sinar UV.
7. Berkesan mengurangkan sesetengah penyakit kritikal seperti alzheimer, parkinson, jantung, diabetes, sirosis hati dan gout.
8. Memperbaiki akar rambut.
9. Meningkatkan kesihatan dan kelajuan sperma lelaki.
(sumber : Mingguan Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan