SUSU
Susu mengandungi tryptophan yang diubah menjadi serotonin melalui metabolisme tubuh. Serotonin dikatakan mampu meningkatkan mood kita. Selain itu kandungan magnesium, kalsium dan kalium di dalam susu membantu menjaga tekanan darah anda.COKLAT PANAS
Minuman hangat seperti coklat panas akan menaikkan suhu tubuh sehingga kita akan berasa lebih selesa dan nyaman. Selain tubuh yang selesa, otak juga akan merasai keselesaannya.TEH HITAM
Menurut kajian Universiti College London, dengan meminum teh hitam sebanyak empat kali sehari, berupaya untuk menurunkan kadar hormon kortisol yang menyebabkan stres. TEH HIJAU
Selain teh hitam, teh hijau juga berupaya menurunkan stres melalui kandungan thianin didalamnya. Thianin berupaya meningkatkan lagi kandungan hormon rileks pada otak. Selain itu ia memacu penghasilan gelombang alfa dan mengurangkan tekanan yang disebabkan oleh gelombang beta.AIR SEJUK
Minum segelas air sejuk dan jalan2 lah seketika di ruangan kerja atau rumah anda. Lebih elok lagi jika kawasan tersebut mempunyai pemandangan yang menenangkan seperti rimbunan pohon2, bunga2an, bukit-bukau atau air yang mengalir. Melalui cara ini cairan di dalam tubuh akan bergerak dan hormon endorphin akan terhasil sehingga meredakan stres anda.