My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 27 Mei 2012

Cendawan : Enak Lagi Berkhasiat

Aku memang suka tulis pasal benda-benda yang aku suka makan. Ok la macam tu kan, baru bersemangat nak menulis, hehehe. Kali ini pasal cendawan pula, salah satu makanan kegemaran aku. Masak dengan sayur, dibuat sup atau digoreng, masak tomyam semuanya akan aku sapu licin. Dari kecil lagi memang aku suka, apatah lagi jika kat kampung dulu memang senang nak dapat cendawan percuma.

Teringat tahun lepas, ada kawan ofis yang pakar buat sup cendawan pernah bawa supnya ke pejabat. Apalagi akulah yang paling banyak menghabiskan supnya tu. Bermangkuk-mangkuk aku hirup, siap dengan homemade roti halia yang dia buat sendiri pula tu. Oh, memang sedap sangat-sangat, yummy!! Masa tu dah tak kira dah jika berat badan naik mendadak, hihi.

Aku memang gilakan mushroom soup, apalagi jika makan dengan ginger bread
Tapi awas ya! Ada juga cendawan beracun! Jika beli kat pasar tu insyaAllah selamat, tapi kalau nak kutip sendiri di batang-batang kayu reput tu, perlu ada kepakaran. Ada macam-macam jenis cendawan ni, yang besar warna kelabu namanya cendawan tiram, yang kecil-kecil pun sedap iaitu cendawan sisir atau kukur. Ada yang macam butang, ada yang warna hitam, merah dan jingga.

Yang paling aku suka dan selalu dijual di pasar ialah cendawan tiram. Yang biasanya digoreng dan dijual di pasar-pasar malam pun dari jenis ini. Cendawan kukur pula memang susah nak jumpa, selalunya tumbuh secara semulajadi pada batang kayu reput dan batang getah, rasanya pun memang tak kurang hebat.

Cendawan tiram goreng, pun memang aku suka sangat-sangat.
Selalu aku tertanya-tanya, apa kebaikan cendawan ya. Main makan jer, tapi aku yakin memang ada khasiatnya. Setelah di google-google banyak betul rupanya kebaikan cendawan, memang tak sia-sialah jadi makanan kegemaran aku selama ini ya, hehehe.

1. Cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambahkan insulin di dalam darah. Sangat bagus untuk elakkan dari terkena diabetes.

Sayur cendawan, memang membuka selera.
2. Cendawan berupaya membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

3. Cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune mengandungi schizophyllan iaitu sejenis bahan dalam ubat anti tumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, anti radangan, anti bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

Cendawan kukur, mudah didapati di kampung, digoreng dengan telur pun sedap
4. Cendawan jarum emas pula merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Kebaikan lain ialah cendawan ini juga adalah agen anti radangan dan melindungi gen daripada mengalami kerosakan DNA.

Cendawan jarum emas, nampak macam sedap, tapi tak pernah makan pun.
5. Pernah dengar nama Cendawan Bunga Kobis atau Hericum erinaceum ? Aku sendiri pun baru pertama kali dengar, rupanya pun tak pernah tengok, tapi sangat berguna untuk membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf. Selain itu ia juga boleh merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan Alzheimer. Kebaikan lain ialah ia berupaya menguatkan otot, gerak balas motor, fungsi kognitif, merawat ulser perut dan meningkatkan sistem imuniti badan.

Cendawan Bunga Kobis, selama ni tak tahu pun cendawan jenis ini wujud, huhu.
6. Cendawan tiram inilah yang paling aku suka makan. Yang selalu aku lihat hanyalah jenis cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tapi rupanya banyak jenis lagi yang ada, iaitu tiram merah jambu, tiram kuning dan tiram putih. Kebaikan cendawan ini ialah ia berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti, menghalang pertumbuhan tumor, agen anti oksida dan mengandungi kalsium yang tinggi.

Cendawan tiram kelabu, tengok mentah-mentah macam ni pun rasa macam geram nak makan, hehe.
7. Pernah jugalah tengok cendawan warna oren atau merah kat batang-batang kayu reput, tapi tak pastilah sama ada ia cendawan Ling Zhi atau bukan. Ling Zhi ni nama dalam bahasa Cina, dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai Reishi, manakala nama saintifiknya ialah Ganoderma lucidium. Selain dijadikan pil-pil kesihatan dan ubat ginseng, ia juga sekarang terkenal sebagai serbuk minuman.

Cendawan Ling Zhi, lihat rupanya pun dah tahu bagus untuk buat ubat.
Cendawan Ling Zhi mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang mana ia dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Antara khasiatnya yang dikenal pasti ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, merawat usus, buasir, tonik untuk selsema, mengawal tekanan jantung, melegakan batuk, mengeluarkan kahak, menenteramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

8. Cendawan Butang ni biasanya digunakan untuk buat sup cendawan. Disebalik keenakan supnya ia juga kaya dengan vitamin dan galian yang mana ia mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah adalah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Ia juga rendah kalori yang mana lima cendawan butang bersaiz sederhana hanyalah mengandungi 20 kalori. Kelemahannya ialah ia mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara selama 10 minit, di mana ia bertukar menjadi lembik, bertukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.

Cendawan Butang, sedap dibuat sup...ermmmm, enaknya!!
9. Cendawan Shiitake ini biasanya sering kita lihat dalam masakan Cina atau masakan di hotel dan restoren-restoren besar. Dalam masakan Melayu memang jarang kelihatan cendawan ini digunakan. Ia boleh disediakan dalam bentuk segar atau kering. Cendawan ini mengandungi asid amino, pelbagai vitamin dan mineral.

Cendawan Shiitake, Gunung Jerai, Kedah merupakan salah satu ladang yang mengusahakannya.
Khasiat cendawan ini disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Oleh itu ia dikatakan boleh memberi tenaga kepada sistem imun dan menguatkan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Lentinan ini juga sangat efektif menentang influenza. Ia juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat pertumbuhan semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.

Sumber : http://cendawanglobal.blogspot.com.

Sabtu, 14 April 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

 Banner


Cepat!!! ganjaran wang tunai RM5000 untuk blogger menanti anda daripada BloggerWanita.com sempena ulang tahunnya yang kedua. Program ini mudah sahaja untuk disertai. Begini caranya :-

1. Program wang tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara mendaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan link kan ke laman post di sini dengan tajuk "Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger". Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di di sini. Jika terpilih , rakan blogger akan diberitahu melalui e-mel dan akan disenaraikan melalui post khas.

2. 100 blogger terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 referrel ke blog BloggerWanita.com iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic . Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.

3. Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10,000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 (RM0.05 X 10,000) dan seterusnya. 

4. Terbuka kepada semua blogger di Malaysia, lelaki atau perempuan, dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.

5. Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar e-mel di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti. 

6. Bayaran wang tunai akan dibayar pada setiap 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank. 

7. Program RM5000 adalah fasa pertama yang dilancarkan pada 01 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.

8. Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.

9. Pihak Penganjur berhak untuk menukar syarat penyertaan pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

10. Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah  BloggerWanita.com.

Ermmmmm, apa tunggu lagi kengkawan, JOM kita cuba, tak salah mencuba kan, bukan kena bayar apa-apa pun, cuma perlu sedikit kerajinan untuk membuat post tentang ini. 

Sabtu, 31 Mac 2012

11 Sebab Anda Mesti Selalu Senyum

Biasa yang kita dengar, senyuman itu suatu sedekah, selain itu apa lagi? Petua awet muda, boleh hilangkan stress, mencantikkan wajah. Rata-rata orang jika bergambar mesti nak pose dalam keadaan senyum kan. Sebab tu ada orang akan cakap "cheese" supaya semua orang yang tengah bergambar tu tersenyum. Selain dari sebab-sebab di atas ni sebenarnya ada 11 fakta yang amat menarik tentang senyuman, mari kita baca :-

1. Suatu Bentuk Senaman
Senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon.


2. Membetulkan Aliran Darah
Apabila kita tersenyum, badan kita pun sebenarnya akan turut tersenyum dan memperlahankan  aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Kurangkan Penggunaan Otot Muka
Kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.

4. Mengurangkan Kesakitan
Senyuman dapat menghasilkan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.

5. Manfaat Kardiovaskular
Jika anda ketawa dengan perasaan gembira sebanyak 100 kali sehari ia mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.

6. Meredakan Stress
Kajian oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California mengkategorikan senyuman sebagai terapi stress yang baik.


7. Menguatkan Sistem Imuniti Badan
Apabila kita senyum , sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

8. Meredakan Tekanan Darah
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen ke dalam darah dan merangsang proses penyembuhan.

9. Melindungi Diri Dari Pelbagai Penyakit
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser.


10. Baik Untuk Kesihatan Otak
Senyum dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru dan lebih cepat menerima ilmu.

11. Baik Untuk Fungsi Usus
Ketawa juga mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.

Isnin, 27 Februari 2012

Pencinta Strawberi

Meleleh-leleh air liur bila teringatkan strawberi. Hrmmmm, sedap sungguh kan. Ada ke yang tak suka makan strawberi?? Eh, memang pelik la kalau awak tak suka. Teringat dulu-dulu masa melawat Tanah Tinggi Cameron Highland, asyik berkepit dengan buah ni. Beli ais krim pun nak yang perisa strawberi, order air minum pun nak strawberi jus, bila jalan-jalan pun sambil kunyah-kunyah strawberi, hehe. Bahagia sungguh rasanya dikelilingi buah-buahan yang sangat enak ni.


Jadi masa nak balik Penang, aku pun belilah berpaket-paket strawberi. Tapi yang peliknya bila turun saja dari Cameron, strawberi yang manis dah bertukar jadi masam, tak sesedap masa kat sana. Agaknya rasa strawberi ni memang dipengaruhi oleh suhu, dalam keadaan panas dia bertukar jadi masam. Memang ajaib, huhu.

Rupa yang menawan ditambah kaler yang merah menyala, memang membuka selera  

Beberapa ketika dulu, kat kafe di tempat kerja aku ni ada jual strawberi. Kira murah jugalah, RM5.00 jer se paket. Besar-besar dan segar-segar buahnya, memang yummy!! Tapi sayang sekarang dah tak jual lagi, tak tahulah kenapa, agaknya tauke buah dari Cameron tu dah malas nak supply kot, huhu. Kempunan aku.

Strawberi kat kafe tu, ok la kan, banyak ni RM5.00 jer.


Jem Asli Strawberi

Pernah cuba tak jem strawberi home made Cameron , fuiiyyoo, memang sedap sangat makan dengan roti. Lain betul rasanya berbanding yang jual kat kedai tu. Seketul-seketul tau buah strawberi dalam jem tu. Manis dia pun asli, tidaklah rasa macam makan gula. Ratah macam tu saja pun sedap, hehe.

sedap tau jem strawberi asli gini, manisnya asli, tak banyak gula

Strawberi Bandung

Masa pergi Bandung beberapa bulan lepas, dalam program lawatan ada dinyatakan akan melawat ladang strawberi. Oh gembira sungguh, dah terbayang-bayang betapa seronoknya dapat meratah strawberi kat situ. Tapi saat-saat akhir dibatalkan pula, hrrmmmm! Kecewa tak terkata. Tapi dapat juga merasa strawberi Bandung yang aku beli murah-murah di Pasar Baru. Herannya strawberi dari sana masih tetap manis walaupun dah banyak hari turun dari ladang.


Strawberi Coklat

Strawberi celup coklat ni popular selepas Datuk Siti war-warkan tentang hadiah Dato' K tu kat dia. Lepas tu macam cendawan tumbuh, banyak betul gerai-gerai jual strawberi celup coklat ni muncul. Mahal pula tu, secucuk baru ada tiga biji jer. Nak jimat sikit bolehlah buat sendiri, beli strawberi dan coklat kat supermarket, lepas tu panaskan coklat sampai cair dan cecahlah puas-puas. Tapi kurang rajin pulalah nak buat, huhu.

tiga ketul jer, tapi mahal kemain, huhuhu.
gerai jual buah celup coklat di Jom Heboh TV3, yang macam labu sayung tu la  mesin coklat cair.
Haruman Strawberi

Bukan setakat makan saja aku suka. Apa-apa saja yang berbau strawberi pun aku suka, macam gel mandian ke atau losyen badan. Setakat ni, aku belum ada lagi minyak wangi haruman buah ni. Setelah tanya Mr Google rupa-rupanya Body Shop ada jual set wangian strawberi. Nak carilah nanti, mesti gempak kalau dapat.


Body Shop ada jual semua ni tau, jom gi cari nak, hehe.

Khasiat Strawberi

Kalau setakat minat makan saja, tak ada maknanya. Mesti nak kena tahu kebaikan buah comel ni kan. Jom kita ambil tahu sikit :-

1. Kaya vitamin C.
2. Melegakan sakit otot (arthritis).
3. Mencegah kanser.
4. Menjaga kesihatan mata.
5. Mencegah kerosakan otak.
6. Mengawal tekanan darah tinggi.
7. Mengurangkan kadar kolesterol.
8. Mencegah penyakit jantung.
9. Menegang dan menghaluskan kulit.
10. Memutih dan membersihkan gigi.

Terliur kan tengok kek ni, hehehe.

Banyak sangat khasiatnya kan. Jadi, sesiapa yang tak suka makan tu, memang rugi besar tau, hoho.

Sabtu, 25 Februari 2012

My Chinese Friends Part II

Okay, hari tu aku ada post pasal My Chinese Friends Part I, sekarang jom ikuti post aku yang kedua pasal ni ya.

Miss Romantik

Aku gelarkannya begini kerana suka sangat bergosip pasal budak lelaki, dia suka budak inilah, budak itu suka usik dialah. Berbeza dengan Miss Tembam, Miss Romantik ni orangnya kurus melidi, ala-ala lalang gitu, hehehe. (jahatnya aku, hihihi). Juga sekampung dan sekelas dengan aku masa sekolah rendah. Rumahnya di pinggir sungai agak jauh sikit dari rumahku menyebabkan aku jarang-jarang ke rumahnya.


Jika Miss Tembam sangat fasih berbahasa Kelantan, Miss Romantik juga fasih, tapi masih ada lagi bunyi-bunyi cinanya. Untuk ke rumahnya kami berbasikal beramai-ramai dengan rakan-rakan sekolah yang lain dan pernah juga mengunjungi rumah neneknya di kampung sebelah.


Semasa Tingkatan 1 - 3 aku tidak lagi bertemu dengannya. Namun semasa Tingkatan 4, di atas keputusan peperiksaannya yang baik, dia akhirnya dapat juga belajar di sekolahku yang sememangnya unggul di Kota Bharu itu. Kami sekelas ketika itu.


Disebabkan sebelum ini tiada pelajar perempuan cina di sekolahku, maka dia menjadi bahan usikan budak-budak lelaki yang nakal. Ada yang cuba menarik rambutnya dan melayangkan kapal terbang kertas ke arahnya. Optimisnya kawan ku ini, dia anggapkan semua usikan itu sebagai meminatinya, itu sebab aku kata dia romantik, hehehe.


Mungkin disebabkan aku satu-satunya kawan lama dia, maka dengan aku dia suka menceritakan hal-hal yang lebih peribadi. "Ehh, kau tau, ada pakwe cina kat kampung nenek aku hensem, macam muka melayu" (Ehhh, kalau muka macam Melayu, hensem ke??) , "masa balik sekolah tadi ada budak laki usik-usik aku tau", begitulah yang selalu diceritakannya, hehehe. Namun yang menyedihkan apabila dia beritahu yang kedua ibu bapanya berhadapan masalah rumah tangga dan mungkin bercerai. Sedikit sebanyak perkara ini mengganggu pelajarannya.


Semasa di tingkatan 5, aku dah tak sekelas dengannya. Lepas tamat SPM, langsung aku dah tak tahu khabar beritanya. Dari khabar-khabar yang aku dengar, ibu bapanya bercerai juga akhirnya. Tak pasti sama ada dia menyambung pelajaran atau tidak selepas itu, tapi sekarang ini memang telahpun berkahwin dengan jejaka dari kampung neneknya (sebelah ayah kot) di Hulu Kelantan. Rasa-rasanya dengan jejaka yang dia kata macam melayu tu. Apa pun, moga-moga dia bahagia dengan keluarganya sendiri sekarang dan melupakan kenangan pahit orang tuanya.