Okay, hari tu aku ada post pasal My Chinese Friends Part I, sekarang jom ikuti post aku yang kedua pasal ni ya.
Miss Romantik
Aku gelarkannya begini kerana suka sangat bergosip pasal budak lelaki, dia suka budak inilah, budak itu suka usik dialah. Berbeza dengan Miss Tembam, Miss Romantik ni orangnya kurus melidi, ala-ala lalang gitu, hehehe. (jahatnya aku, hihihi). Juga sekampung dan sekelas dengan aku masa sekolah rendah. Rumahnya di pinggir sungai agak jauh sikit dari rumahku menyebabkan aku jarang-jarang ke rumahnya.
Jika Miss Tembam sangat fasih berbahasa Kelantan, Miss Romantik juga fasih, tapi masih ada lagi bunyi-bunyi cinanya. Untuk ke rumahnya kami berbasikal beramai-ramai dengan rakan-rakan sekolah yang lain dan pernah juga mengunjungi rumah neneknya di kampung sebelah.
Semasa Tingkatan 1 - 3 aku tidak lagi bertemu dengannya. Namun semasa Tingkatan 4, di atas keputusan peperiksaannya yang baik, dia akhirnya dapat juga belajar di sekolahku yang sememangnya unggul di Kota Bharu itu. Kami sekelas ketika itu.
Disebabkan sebelum ini tiada pelajar perempuan cina di sekolahku, maka dia menjadi bahan usikan budak-budak lelaki yang nakal. Ada yang cuba menarik rambutnya dan melayangkan kapal terbang kertas ke arahnya. Optimisnya kawan ku ini, dia anggapkan semua usikan itu sebagai meminatinya, itu sebab aku kata dia romantik, hehehe.
Mungkin disebabkan aku satu-satunya kawan lama dia, maka dengan aku dia suka menceritakan hal-hal yang lebih peribadi. "Ehh, kau tau, ada pakwe cina kat kampung nenek aku hensem, macam muka melayu" (Ehhh, kalau muka macam Melayu, hensem ke??) , "masa balik sekolah tadi ada budak laki usik-usik aku tau", begitulah yang selalu diceritakannya, hehehe. Namun yang menyedihkan apabila dia beritahu yang kedua ibu bapanya berhadapan masalah rumah tangga dan mungkin bercerai. Sedikit sebanyak perkara ini mengganggu pelajarannya.
Semasa di tingkatan 5, aku dah tak sekelas dengannya. Lepas tamat SPM, langsung aku dah tak tahu khabar beritanya. Dari khabar-khabar yang aku dengar, ibu bapanya bercerai juga akhirnya. Tak pasti sama ada dia menyambung pelajaran atau tidak selepas itu, tapi sekarang ini memang telahpun berkahwin dengan jejaka dari kampung neneknya (sebelah ayah kot) di Hulu Kelantan. Rasa-rasanya dengan jejaka yang dia kata macam melayu tu. Apa pun, moga-moga dia bahagia dengan keluarganya sendiri sekarang dan melupakan kenangan pahit orang tuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan