My FoLLoWers~TQ~

Isnin, 27 Februari 2012

Pencinta Strawberi

Meleleh-leleh air liur bila teringatkan strawberi. Hrmmmm, sedap sungguh kan. Ada ke yang tak suka makan strawberi?? Eh, memang pelik la kalau awak tak suka. Teringat dulu-dulu masa melawat Tanah Tinggi Cameron Highland, asyik berkepit dengan buah ni. Beli ais krim pun nak yang perisa strawberi, order air minum pun nak strawberi jus, bila jalan-jalan pun sambil kunyah-kunyah strawberi, hehe. Bahagia sungguh rasanya dikelilingi buah-buahan yang sangat enak ni.


Jadi masa nak balik Penang, aku pun belilah berpaket-paket strawberi. Tapi yang peliknya bila turun saja dari Cameron, strawberi yang manis dah bertukar jadi masam, tak sesedap masa kat sana. Agaknya rasa strawberi ni memang dipengaruhi oleh suhu, dalam keadaan panas dia bertukar jadi masam. Memang ajaib, huhu.

Rupa yang menawan ditambah kaler yang merah menyala, memang membuka selera  

Beberapa ketika dulu, kat kafe di tempat kerja aku ni ada jual strawberi. Kira murah jugalah, RM5.00 jer se paket. Besar-besar dan segar-segar buahnya, memang yummy!! Tapi sayang sekarang dah tak jual lagi, tak tahulah kenapa, agaknya tauke buah dari Cameron tu dah malas nak supply kot, huhu. Kempunan aku.

Strawberi kat kafe tu, ok la kan, banyak ni RM5.00 jer.


Jem Asli Strawberi

Pernah cuba tak jem strawberi home made Cameron , fuiiyyoo, memang sedap sangat makan dengan roti. Lain betul rasanya berbanding yang jual kat kedai tu. Seketul-seketul tau buah strawberi dalam jem tu. Manis dia pun asli, tidaklah rasa macam makan gula. Ratah macam tu saja pun sedap, hehe.

sedap tau jem strawberi asli gini, manisnya asli, tak banyak gula

Strawberi Bandung

Masa pergi Bandung beberapa bulan lepas, dalam program lawatan ada dinyatakan akan melawat ladang strawberi. Oh gembira sungguh, dah terbayang-bayang betapa seronoknya dapat meratah strawberi kat situ. Tapi saat-saat akhir dibatalkan pula, hrrmmmm! Kecewa tak terkata. Tapi dapat juga merasa strawberi Bandung yang aku beli murah-murah di Pasar Baru. Herannya strawberi dari sana masih tetap manis walaupun dah banyak hari turun dari ladang.


Strawberi Coklat

Strawberi celup coklat ni popular selepas Datuk Siti war-warkan tentang hadiah Dato' K tu kat dia. Lepas tu macam cendawan tumbuh, banyak betul gerai-gerai jual strawberi celup coklat ni muncul. Mahal pula tu, secucuk baru ada tiga biji jer. Nak jimat sikit bolehlah buat sendiri, beli strawberi dan coklat kat supermarket, lepas tu panaskan coklat sampai cair dan cecahlah puas-puas. Tapi kurang rajin pulalah nak buat, huhu.

tiga ketul jer, tapi mahal kemain, huhuhu.
gerai jual buah celup coklat di Jom Heboh TV3, yang macam labu sayung tu la  mesin coklat cair.
Haruman Strawberi

Bukan setakat makan saja aku suka. Apa-apa saja yang berbau strawberi pun aku suka, macam gel mandian ke atau losyen badan. Setakat ni, aku belum ada lagi minyak wangi haruman buah ni. Setelah tanya Mr Google rupa-rupanya Body Shop ada jual set wangian strawberi. Nak carilah nanti, mesti gempak kalau dapat.


Body Shop ada jual semua ni tau, jom gi cari nak, hehe.

Khasiat Strawberi

Kalau setakat minat makan saja, tak ada maknanya. Mesti nak kena tahu kebaikan buah comel ni kan. Jom kita ambil tahu sikit :-

1. Kaya vitamin C.
2. Melegakan sakit otot (arthritis).
3. Mencegah kanser.
4. Menjaga kesihatan mata.
5. Mencegah kerosakan otak.
6. Mengawal tekanan darah tinggi.
7. Mengurangkan kadar kolesterol.
8. Mencegah penyakit jantung.
9. Menegang dan menghaluskan kulit.
10. Memutih dan membersihkan gigi.

Terliur kan tengok kek ni, hehehe.

Banyak sangat khasiatnya kan. Jadi, sesiapa yang tak suka makan tu, memang rugi besar tau, hoho.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan