My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 4 Ogos 2012

Seronok Baca Kisah Blogger Terkenal, Ben Ashaari

Membelek-belek akhbar yang dah hampir 2 bulan lalu diterbitkan, mataku tiba-tiba terbuka luas. Hrmmm, ada cerita menarik tentang blogger terkenal Malaysia masa kini, siapa lagi kalau bukan Bro Ben Ashaari. Macam tak percaya bila dikatakan Ben adalah seorang suri rumah, biar betul ??? Getus hati kecilku antara percaya dengan tidak.

Dicilok daripada Blog Ben Ashaari, hehehe.
Menurut Kosmo keluaran 17 Jun 2012 tu, Ben yang sebelum ini kakitangan kerajaan gred N27 telah mengambil keputusan berhenti kerja sejak 6 bulan lalu untuk menjadi blogger sepenuh masa. Beliau tidak sekali-kali menyesal bahkan amat gembira dengan kehidupannya kini.

Mungkin anda menggaru-garu kepala, tak sayang ke Ben meninggalkan gaji tetap yang diterimanya setiap bulan. Kerja gomen pula tu kan. Haaa!! Jangan tak tahu, walaupun tidak lagi bergaji tetap, hasil yang di raihnya kini lebih banyak daripada gajinya dulu. Tak perlu hairan kerana pendapatan itu adalah hasil daripada pengiklan yang menggunakan ruang blognya dan juga ulasan produk yang dilakukannya.

Gitulah berkat dari kesungguhan dan kerajinan memanfaatkan bakat dan akal pemberian Allah. Aku tak heran jika Mr Ben mampu jana pendapatan tinggi kerana dalam sehari beliau mampu menerbitkan lebih daripada 6 entry. Bukan macam aku ni, 6 minggu sekali nak buat satu entry pun malas, hihihi. Ben juga mempunyai 20,000 pengikut (aku ?? 25 orang ja setakat ni, huwaaaa!!!), selain dilayari oleh 4000 pengunjung setiap hari, perghhhh!!!

Ehhhh...banyaknya baju nak kena cuci ni (cilok daripada blog mr Ben jugak)
Walaupun tak lagi perlu tergopoh-gapah ke tempat kerja, beliau tetap mulakan rutin harian seawal pagi lagi. Selesai solat subuh, beliau akan berjoging di sekitar kawasan rumah. Setelah itu beliau menguruskan Qhaliff, anaknya yang baru berusia 2 bulan. Bila bayinya tidur, Ben mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja rumah lain termasuk mencuci pakaian, menyapu sampah dan mengemaskini blog.

Cerita tentang dirinya yang sentiasa menjadi inspirasi blogger lain
Bila bekerja sendiri ni, masa pun boleh diatur mengikut kehendak sendiri dan keluarga. Nak cuti bila-bila pun boleh. Isteri yang bekerja pun berasa lebih tenang kerana tak perlu risau tentang keselamatan dan kebajikan anak yang dijaga oleh ayahnya sendiri dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Wow !! Tabiklah bro Ben ni, berani buat keputusan dan ambil risiko yang sangat ditakuti oleh orang kita. Apa-apa pun moga kehidupan blogger yang menjadi inspirasi blogger-blogger lain termasuk aku ni, terus sukses dalam kehidupan beliau. Amin.


6 ulasan:

  1. nice one bro! tapi kalau dah konfem berjaya baru bolehh .. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah x ramai yg berani wat gini, tp keja sendri mmg best sebenarnya kot...senang nk cuti, xyah dok hadap kerenah staf, boss & customer...hhuhu...

      Padam
  2. Hehehe... HH pun surirumah maaa .... sama gak dengan Mat Gebu ... umur kami lak sebaya ..mungkin takdir kot jadi blogger sepenuh masa, duduk depan PC ni ... dan anak2 dijaga oleh si suami ....

    HH dah 2 tahun lebih jadi Mr Mama, jaga anak kecik dari lahir sampai kini dah 2 tahun dah. :) Yang dua lagi dok hantar sekolah ...belah petang pening kepala sbb semua ada kat rumah ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uiiihhh, tabik la HH, moga sukses. your blog really nice & byk sgt very2 useful info, antara blog trbaik yg sy prnah jmpa.TQ for following me, bangga tau blogger femes pun follow mine...hehe...sy pun dh follow your blog & letak your blog kt my following list blogs.

      Padam
  3. Ben Ashaari bukan N27 masa berhenti tetapi F41 . Reporter silap masa interview.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kew....owwwhhh...lg tggi la pgkat dia, may b reporter tu x berapa paham ngan gred org2 gomen ni....hehe....

      Padam