Rasanya semua orang Islam pasti sekurang-kurangnya sekali seumur hidup pernah minum air zam zam. Dapat bezakan tak rasanya dari air biasa lain ?? Tak berbau, Payau-payau sikit, tawar dia lain namun terasa asli dan sedap. Biasanya dapat minum secawan kecil jer kan ketika mengunjungi saudara-mara yang baru pulang dari Mekah.
|
Biasanya dapat minum air zam zam dalam cawan kecik-kecik gini jer kan, huhu. |
Aku pernah minum air zam zam ni banyak-banyak macam air mineral jer tak lama dulu. Tak percaya ?? Oh, bukannya sebab aku pernah tinggal di Mekah tapi disebabkan masa tu aku selalu berurusan dengan pelajar dari Arab Saudi. Setiap kali baru balik dari Mekah, pastinya dia akan menghantar 2-3 botol besar air zam zam ke pejabatku, hehehe. Apalagi aku dan opis mate pun dok ulang minum macam air mineral jer, hihi. Langsung tak berjimat. Sebagai balasan aku hanya sempat bagi keropok kelantan jer kat Pak Arab yang baik hati dan pendiam tu.
|
Dalam botol besar-besar ni lah yang selalunya diberi Pak Arab tu. |
Sejarah Kewujudan Telaga Zam Zam
Tahu ke tidak bagaimana wujudnya telaga zam zam ni yang agaknya dah berusia lebih daripada 2000 tahun. Bayangkan airnya tidak pernah kering sehingga kini dan masih mampu menghilangkan dahaga berjuta-juta orang yang beribadat di tanah suci Mekah.
|
Kedudukan telaga zam zam di Mekah, berhampiran kaabah. |
Diriwayatkan daripada Ibnu Abas RA, bahawa Nabi Ibrahim AS telah meninggalkan isterinya Siti Hajar dan puteranya Ismail di satu lembah di tengah-tengah padang pasir tandus yang tiada penghuni dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini dilakukan Baginda atas kehendak Allah SWT.
Walaupun Nabi Ibrahim telah meninggalkan 2 kantung air tetapi sudah pasti tidak cukup. Oleh kerana berasa lapar dan haus, Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu telah menangis. Siti Hajar lalu keluar mencari air dan telah berjalan berulang-alik sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertembung dengan pedagang yang membawa air. Amalan saie inilah yang menjadi salah satu rukun haji dan umrah kini.
|
telaga zam zam zaman dulu-dulu |
Setelah itu Siti Hajar naik ke atas Bukit Marwah dan melihat Malaikat berada disamping anaknya Ismail sedang menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancut keluar air zam zam. Sejak dari itu sehingga kini air zam zam ini kekal ada untuk dinikmati oleh generasi sekarang. Setiap jemaah akan diberikan 10 liter air zam zam percuma untuk dibawa pulang.
|
Telaga air zam zam kini, dah moden binaan telaganya |
Hikmah dan Khasiat Air Zam Zam
Air zam zam merupakan anti oksida yang baik untuk tubuh. Ia boleh dijadikan penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :- "Air zam zam itu penuh berkat, ia makanan yang mengenyangkan ( dan ubat bagi merawat penyakit ) - Hadis riwayat Muslim.
|
Tempat pengumpulan air zam zam di Masjid Nabawi |
Imam Ibnu Qayyim telah menggunakan air zam zam untuk mengubati penyakitnya. Beliau telah mengambil segelas air zam zam dan membacakan surah al-fatihah berkali-kali ke dalam gelas tersebut. Setelah itu air zam zam tersebut diminum dan didapati telah berupaya menyembuhkan penyakit yang dideritainya. Beliau telah menyebarkan perkara ini kepada orang ramai dan ramai yang berhasil sembuh menggunakan kaedah yang sama.
|
Tempat minum air zam zam yang disediakan Kerajaan Arab Saudi di Mekah |
Amalan orang kita menganjurkan supaya semasa meminum air zam zam hendaklah berdoa di dalam hati agar terang hati, dihapuskan perasaan busuk hati dan mudah menerima ilmu serta tunjuk ajar. Lebih berkat jika diminum oleh bayi atau kanak-kanak yang masih lagi putih hatinya agar dilindungi dari berkelakuan dan berperangai yang tidak elok.
Sumber : Metro Ahad, 29 April 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan