My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 12 Ogos 2012

Mengutip Bayi-bayi Dari Tempat Pelupusan Sampah

Baca tajuknya pun dah buat kita rasa sedih dan pilu kan. Tapi begitulah realiti yang sering berlaku di negara China. Mungkin disebabkan polisi kerajaannya yang membenarkan satu keluarga hanya boleh memiliki seorang anak, menyebabkan keadaan jadi kronik begini.

Jika di kawasan pedalaman negara tersebut, bayi-bayi yang 'berlebihan' ini akan dibunuh dengan mencampakkannya dari gunung atau cara lain. Tetapi di bandar biasanya bayi-bayi malang ini tidak dibunuh, sebaliknya akan ditinggalkan di tepi jalan dan di tempat pelupusan sampah. Terserahlah nasib bayi ini sama ada akan diselamatkan orang mahupun dibiarkan mati di situ (Owwhhhh !! Sediiihhhhnyaaaa !!).

Namun begitu masih ada rupanya insan mulia si pemungut sampah yang akan bawa pulang semua bayi-bayi yang dijumpainya. Lou Xiaoying wanita yang sudah berusia 88 tahun ini mula membawa pulang bayi-bayi malang tersebut sejak tahun 1972 lagi.

Xiaoying bersama salah seorang bayi yang diselamatkannya
Mengimbas kembali penemuan bayi perempuan pertama yang dipungutnya, beliau menceritakan " Bayi itu ditinggalkan sendirian di tepi jalan yang dikelilingi sampah, melihat anak ini membesar dengan sihat kemudiannya menyedarkan saya bahawa menjaga anak sebenarnya memberikan keseronokan".

Walau serba kekurangan, Xiaoying dan suami tetap menjaga anak-anak terbuang ini dengan baik
Walaupun miskin dan serba kekurangan, Xiaoying dan suami dengan dibantu anak-anak yang lain akan sedaya upaya memelihara mereka dengan baik. Sepanjang mengutip sampah di Jinhua, Wliayah Timur Zheijiang, seramai 30 bayi berjaya diselamatkannya. Namun begitu hanya 4 orang yang dipelihara seperti anak sendiri sementara yang lain diserahkan kepada keluarga angkat.

"Sayaaanngg mak" begitulah agaknya kata-kata yang diucapkan Zhang Qilin buat bonda angkatnya
Bayi terakhir yang dipelihara sendiri sudah berusia 7 tahun sekarang. Mengenang pertemuan dengan 'anak' bongsunya ini beliau memberitahu " Ketika menemui Zhang Qilin saya sudah berusia 82 tahun, namun saya tidak sanggup meninggalkannya sendirian dan membiarkannya mati. Dia terlalu cantik di mata saya dan sanggup menjaganya walaupun saya sendiripun hidup susah".

Walaupun kini terlantar di hospital, anak-anak yang pernah diselamatkan Xiaoying tidak pernah lupa melawatnya
Kini Xiaoying yang sudah 17 tahun kematian suami, terlantar di hospital kerana mengalami masalah buah pinggang. Di kalangan masyarakat tempatan, beliau dianggap wira dan dihormati kerana jasa-jasanya itu. Bagi meneruskan tradisi keluarga, tugas-tugas mulia itu kini diambil alih oleh anak kandungnya yang berusia 48 tahun iaitu Zhang Caiying.

Sumber : Mingguan Malaysia, 12/08/2012.

1 ulasan:

  1. huahuahua....TQ following me, done follow u too, member #160....

    BalasPadam