Gaji siapa..?? Gaji aku..??? Ohhh...belum...belum lagi....(jangan kata tidak, mana tau kan Allah nak bagi rezeki banyak tu sebulan nanti...hehehe...). Habis tu gaji siapa banyak macam gitu. Mungkin gaji anda yang sedang tersengih-sengih baca entri ni ya....haha.
ramai yg gelap mata kerana duit |
Cerita tentang gaji RM15,000 ni sebenarnya aku baca dalam sebuah akhbar tempatan. Disebabkan terpesona dengan jumlah gaji yang banyak macam tu seorang gadis berusia 16 tahun akhirnya menjadi pelacur. Gadis yang berasal dari Pulau Jawa tersebut terpedaya dengan helah seorang lelaki yang kononnya menawarkan pendapatan lumayan jika mengikutnya bekerja di Malaysia.
Selama lima bulan gadis ini menjalani hidup yang perit apabila dipaksa melakukan pekerjaan terkutuk itu. Mahu tak mahu terpaksa juga dilakukannya tanpa rela apabila dipaksa oleh ibu ayam yang juga warga Indon. Walau bagaimanapun penderitaannya berakhir apabila beliau berjaya melarikan diri dari neraka dunia itu. Dengan bantuan polis di Limbang Sarawak, gadis malang ini dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya.
Begitulah jika mudah percaya dengan benda yang tak logik-logik. Tak kan lah tak boleh fikir gaji RM15,000 tu munasabah ke tidak untuk budak-budak macam dia. Errmmm...mungkin gadis ni masih mentah nak berfikir panjang, tapi bagaimana dengan mak bapak dia dan saudara-mara. Tak kan lah semuanya setuju saja. Orang yang buat bisnes sendiri pun terkapai-kapai nak dapatkan pendapatan bersih sebanyak tu. Ini kan pula makan gaji. Lain lah kalau dah bergelar CEO ke, profesor ke, menteri ke....lebih dari tu pun boleh dapat. Ermmmm....best kan kalau gaji besar macam tu....hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan