Heran kan, makan pagi jarang-jarang, makan tengahari pun sesekali jer....tapi...berat badan tetap tak mau turun-turun jugak. Jenuh fikir apa yang salah ya. Tak kan nak ambil pil kurus kot. Ehhh...bahaya tu. Pernah tak dengar ada yang meninggal kerana salah ambil pil kurus.....haaa....memang tak elok tau. Hati-hatilah jika nak makan ubat kurus juga.
bengang betul kan....dah diet pun still tak berjaya turunkan berat badan...huhu.... |
Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu yang menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Akhirnya diet entah ke mana, dan akan menyebabkannya mula makan banyak-banyak kembali, malah mungkin lebih banyak dari yang dulu sebab dah lama sangat tak makan sedap-sedap. Inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.
lebih gemok dari sebelum diet....huahuahua....!!!??#! |
Tanda-tanda BMR rendah
- Dah diet pun berat masih tak turun-turun juga.
- Berat naik mendadak apabila makan lebih.
- Malas nak bersenam kerana akan rasa terlalu letih apabila bersenam.
- Sangat menggemari makanan berkarbohidrat dan yang manis-manis.
- Mudah berasa lapar.
- Jika makan sedikit pun akan cepat gemuk juga.
- Terasa nak makan yang manis-manis saja.
- Terasa lapar pada waktu malam.
Punca BMR Menjadi Rendah
- Tak cukup senaman.
- Mengalami hypothyroid iaitu peningkatan berat badan, rasa malas, letih, susah untuk turunkan berat badan, pergerakan jadi lambat, rambut berkelemumur dan dijangkiti fungus.
- Kekurangan hormon insulin yang menukarkan gula kepada tenaga. Gula yang tidak ditukarkan akan berkumpul menjadi lemak.
- Gemar mengambil makanan yang mempunyai indeks glycemic yang tinggi seperti kek, kentang panggang, nasi putih dan emping jagung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan