Lemak-lemak yang berguna ini ialah asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi melalui makanan. Asid lemak tak tepu boleh diperolehi apabila anda mengambil kacang walnut, badam, kacang soya dan kekacang lain. Banyak kajian menunjukkan walnut berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana asid lemak daripada walnut ini dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik. Dikatakan penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu.
Sumber-sumber makanan lain yang mengandungi asid lemak ialah ikan dan minyak zaitun. Asid lemak omega 3 daripada ikan membantu jantung dengan menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Para doktor menyarankan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jenis-jenis ikan yang kaya dengan omega-3 ialah makarel, herring, sardin, salmon dan tuna. Sebaik-baiknya ikan ini dipanggang bagi meningkatkan faedahnya.
ikan bakar - bukan saja enak dimakan, malah baik untuk kesihatan |
Selain menurunkan paras kolesterol dan menguatkan jantung, kebaikan-kebaikan lain lemak yang berguna ini adalah :
- Meningkatkan tenaga antara 40% - 60% berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat.
- Tidur lebih nyenyak.
- Mengatasi masalah sembelit.
- Kulit lebih cantik dan berseri.
- Rambut dan kuku tumbuh dengan lebih baik.
- Menyediakan bahan yang diperlukan oleh hati dan buah pinggang.
- Mengekalkan tulang yang kuat.
- Membakar lemak dengan lebih baik dalam pengurusan berat badan.
- Pembangunan dan perkembangan fungsi otak terutamanya bayi dan kanak-kanak.
- Fungsi hormon lelaki dan perempuan.
- Memastikan suhu badan kekal pada tahap normal.
- Membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
- Penting untuk tindak balas elergik.
- Mengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
- Mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
- Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan