My FoLLoWers~TQ~

Isnin, 19 September 2011

Dah diet, tapi kenapa masih Gemuk....huhu...

Heran kan, makan pagi jarang-jarang, makan tengahari pun sesekali jer....tapi...berat badan tetap tak mau turun-turun jugak. Jenuh fikir apa yang salah ya. Tak kan nak ambil pil kurus kot. Ehhh...bahaya tu. Pernah tak dengar ada yang meninggal kerana salah ambil pil kurus.....haaa....memang tak elok tau. Hati-hatilah jika nak makan ubat kurus juga.

bengang betul kan....dah diet pun still tak berjaya turunkan berat badan...huhu....
Sebenarnya bila kita menahan lapar dengan mengurangkan makan, apa yang berlaku ialah badan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dalam erti kata lain otak kita seolah-olah menuntut kembali kesedapan makanan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan. 

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu yang menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Akhirnya diet entah ke mana, dan akan menyebabkannya mula makan banyak-banyak kembali, malah mungkin lebih banyak dari yang dulu sebab dah lama sangat tak makan sedap-sedap. Inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

lebih gemok dari sebelum diet....huahuahua....!!!??#!
Punca lain diet tidak menjadi ialah disebabkan mempunyai BMR yang rendah. BMR adalah Basal Metabolic Rate iaitu penggunaan tenaga oleh tubuh semasa kita berehat dan tidur. Haaa...jangan ingat masa kita rehat dan tidur tenaga tak digunakan tau. Sebenarnya dalam keadaan ini tenaga digunakan untuk pergerakan jantung, usus dan lain-lain organ tubuh. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak. Inilah juga punca kegemukan.

Tanda-tanda BMR rendah

  • Dah diet pun berat masih tak turun-turun juga.
  • Berat naik mendadak apabila makan lebih.
  • Malas nak bersenam kerana akan rasa terlalu letih apabila bersenam.
  • Sangat menggemari makanan berkarbohidrat dan yang manis-manis.
  • Mudah berasa lapar.
  • Jika makan sedikit pun akan cepat gemuk juga.
  • Terasa nak makan yang manis-manis saja.
  • Terasa lapar pada waktu malam.
Punca BMR Menjadi Rendah
  • Tak cukup senaman.
  • Mengalami hypothyroid iaitu peningkatan berat badan, rasa malas, letih, susah untuk turunkan berat badan, pergerakan jadi lambat, rambut berkelemumur dan dijangkiti fungus.
  • Kekurangan hormon insulin yang menukarkan gula kepada tenaga. Gula yang tidak ditukarkan akan berkumpul menjadi lemak.
  • Gemar mengambil makanan yang mempunyai indeks glycemic yang tinggi seperti kek, kentang panggang, nasi putih dan emping jagung. 

Ahad, 18 September 2011

WoW!!!! Gaji RM15,000 ???

Gaji siapa..?? Gaji aku..??? Ohhh...belum...belum lagi....(jangan kata tidak, mana tau kan Allah nak bagi rezeki banyak tu sebulan nanti...hehehe...). Habis tu gaji siapa banyak macam gitu. Mungkin gaji anda yang sedang tersengih-sengih baca entri ni ya....haha. 

ramai yg gelap mata kerana duit
Cerita tentang gaji RM15,000 ni sebenarnya aku baca dalam sebuah akhbar tempatan. Disebabkan terpesona dengan jumlah gaji yang banyak macam tu seorang gadis berusia 16 tahun akhirnya menjadi pelacur. Gadis yang berasal dari Pulau Jawa tersebut terpedaya dengan helah seorang lelaki yang kononnya menawarkan pendapatan lumayan jika mengikutnya bekerja di Malaysia. 

Selama lima bulan gadis ini menjalani hidup yang perit apabila dipaksa melakukan pekerjaan terkutuk itu. Mahu tak mahu terpaksa juga dilakukannya tanpa rela apabila dipaksa oleh ibu ayam yang juga warga Indon. Walau bagaimanapun penderitaannya berakhir apabila beliau berjaya melarikan diri dari neraka dunia itu. Dengan bantuan polis di Limbang Sarawak, gadis malang ini dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya. 

Begitulah jika mudah percaya dengan benda yang tak logik-logik. Tak kan lah tak boleh fikir gaji RM15,000 tu munasabah ke tidak untuk budak-budak macam dia. Errmmm...mungkin gadis ni masih mentah nak berfikir panjang, tapi bagaimana dengan mak bapak dia dan saudara-mara. Tak kan lah semuanya setuju saja. Orang yang buat bisnes sendiri pun terkapai-kapai nak dapatkan pendapatan bersih sebanyak tu. Ini kan pula makan gaji. Lain lah kalau dah bergelar CEO ke, profesor ke, menteri ke....lebih dari tu pun boleh dapat. Ermmmm....best kan kalau gaji besar macam tu....hehehe. 

Sabtu, 17 September 2011

Keropok ColorFul

Dalam perjalanan dari rumah sedara-mara yg tinggal di Pasir Puteh ke Kota Bharu, kami sempat singgah di Tok Bali (haaa...bukan Indon saja yg ada Bali tau, Kelantan pun ada...heehehe...) untuk memborong keropok.Kiranya ni benda-benda wajib lah yang kena bawa balik ke Penang nanti.

keropok yg dibuat daripada udang
Hmmmm....bila agaknya aku boleh berkunjung ke Pantai Bali, Indon yang terkenal tu, pantai romantik kata orang. Tapi pantai Tok Bali Kelantan ni pun tak kalah juga cantiknya. Pemandangan yang menghadap ke Laut China Selatan, memang memukau pandangan. Dari jeti di sini pun boleh juga ke Pulau Perhentian. Aktiviti utamanya menangkap ikan menyebabkan banyak bot besar dan kecil berlabuh di sini. Cuacanya yang cerah dan terang-benderang menambahkan keceriaan.

Tok Bali
Pada mulanya ingat nak cuba bermalam di chalet tepi pantai yang ada di sini, tapi teringat pula pada Pantai Cahaya Bulan yang dah dua tahun tak dikunjungi, menyebabkan kami membatalkan hasrat hati. Kebiasaannya kami akan singgah di pasar besar Tok Bali untuk beli keropok-keropok dan ikan-ikan masin ni. Tapi setelah meninjau-ninjau di sana , macam tak ramai jer yg meniaga (maklum ler baru hari ke tiga perayaan) maka kami bergerak ke sebuah kedai di tepi jalan besar Tok Bali.

Jambatan Tok Bali
Produk jualan utama kedai ni sememangnya keropok. Aku terpaku lihat berbagai-bagai warna keropok yang ada. Ada yang warna hijau, kuning, kelabu, merah.....sangat menarik padaku!! Sebelum ini pernah juga beli keropok bulat-bulat besar yang kaler kuning dan merah, tapi itu keropok ubi kayu. 

Setelah aku interview bagaikan reporter cabuk kakak yang meniaga tu, baru ku tahu rupa-rupanya yang warna hijau, merah dan kuning tu adalah keropok yang dibuat daripada udang.Yang warna kuning keemasan pula dari ubi keledek dan yang kelabu jernih pula dibuat daripada sotong.

keropok dari ubi keledek
Wahhh.....tentu sedap fikirku. Tak sabar-sabar dah nak rasa. Maka berkilo-kilo lah juga kami memborong keropok-keropok tersebut dengan hati yang gembira...hehehe. Bila balik rumah, sakanlah aku menggoreng semua jenis keropok ni....tentu best. Tapi rupa-rupanya indah rupa dari rasa. Bagi ku still tak boleh lawan keropok ikan tradisi....still the best yo!!!

taraa!!! dah siap bergoreng...yg kaler putih tu keropok sotong....
Semua keropok ni biasa-biasa aja lah rasanya, makan dua keping pun dah rasa jemu. Cuma yang dibuat dari keledek tu boleh tahan juga rasanya, macam rasa keropok sayur gitu. Yang lain-lain tu dah la kureng rasanya, cepat masuk angin pula tu...hrmmm.

kopok ikan jgak yg best.....apa lagi jika dimakan bersama fresh oren....ahhh...superb!!!
Kesimpulannya tak semestinya yang cantik rupa tu, sedap rasanya. Keropok ikan tu walau pun kaler nya kelabu lusuh gitu, tapi tetap bertahan hingga kini dan tak jemu-jemu dimakan. Tapi kalau tak rasa yang warna-warni tu mana tahu sedap ke tidak kan. At least dah tahu dah lepas ni, keropok mana yang terbaik di dunia...hehehe!!!

Jumaat, 16 September 2011

Lemak Yang Berguna Untuk Tubuh

Lazimnya kita menganggap semua makanan yang berlemak boleh menggemukkan dan memudaratkan kesihatan. Justeru ada yang berusaha untuk menjauhi makanan-makanan berlemak. Namun begitu tahukah anda bahawa terdapat lemak yang membantu mengembalikan semula bahan yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun lemak yang baik ini mempunyai jangka hayat yang singkat kerana sensitif kepada suhu, udara dan cahaya.

Lemak-lemak yang berguna ini ialah asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi melalui makanan. Asid lemak tak tepu boleh diperolehi apabila anda mengambil kacang walnut, badam, kacang soya dan kekacang lain. Banyak kajian menunjukkan walnut berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana asid lemak daripada walnut ini dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik. Dikatakan penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu.

Sumber-sumber makanan lain yang mengandungi asid lemak ialah ikan dan minyak zaitun. Asid lemak omega 3 daripada ikan membantu jantung dengan menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Para doktor menyarankan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jenis-jenis ikan yang kaya dengan omega-3 ialah makarel, herring, sardin, salmon dan tuna. Sebaik-baiknya ikan ini dipanggang bagi meningkatkan faedahnya.

ikan bakar - bukan saja enak dimakan, malah baik untuk kesihatan
Pengambilan minyak zaitun sebanyak 23 gram sehari dikatakan mampu menjaga jantung agar tetap sihat. Cara terbaik menambah minyak zaitun di dalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, perencah basah atau mencampurkannya dengan cuka sebagai pelengkap salad. Selain itu asid lemak omega-6 pula boleh didapati daripada kekacang, jagung, minyak bunga matahari, bijan dan minyak sayuran.


Selain menurunkan paras kolesterol dan menguatkan jantung, kebaikan-kebaikan lain lemak yang berguna ini adalah :
  • Meningkatkan tenaga antara 40% - 60% berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Tidur lebih nyenyak.
  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Kulit lebih cantik dan berseri.
  • Rambut dan kuku tumbuh dengan lebih baik.
  • Menyediakan bahan yang diperlukan oleh hati dan buah pinggang.
  • Mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membakar lemak dengan lebih baik dalam pengurusan berat badan.
  • Pembangunan dan perkembangan fungsi otak terutamanya bayi dan kanak-kanak.
  • Fungsi hormon lelaki dan perempuan. 
  • Memastikan suhu badan kekal pada tahap normal.
  • Membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
  • Penting untuk tindak balas elergik.
  • Mengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
  • Mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
  • Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.