My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 24 November 2012

Kesian : Gadis Bermisai Dan Berjambang

Bagaimana rasanya jika anda seorang wanita dan ditumbuhi misai serta jambang ? Ishhhh, hidup segan mati tak mahu, betapa derita dan gelap dunia dirasakan, huhuk. Kisah benar dan pelik ini betul-betul berlaku pada seorang gadis remaja di China yang kini berusia 16 tahun.

Dulu ayu, sekarang berjambang....
Jika gadis lain, inilah masanya untuk 'test market' bagi memikat sang jejaka, tetapi gadis bernama Nana ini hanya terperap di rumah sejak 2 tahun dulu. Beliau juga telah berhenti sekolah akibat tertekan dengan masalah tersebut. Hurrmmm, kesian kan.

Janggut dan misai yang lebat mula menghiasi wajah gadis ini selepas menjalani rawatan penyakit aplastic anemia pada tahun 2010. Penyakit ini menyebabkan tulang sumsumnya tidak dapat menghasilkan sel darah  baru yang cukup. Jika tidak dirawat ia boleh membawa maut.

Walaupun semakin pulih selepas menjalani rawatan, namun masalah lain pula yang timbul apabila muka Nana mula ditumbuhi misai dan jambang seperti seorang lelaki. Bukan saja muka, malah kaki, lengan dan ketiak juga berbulu lebat dan kasar.

Tiada lagi senyuman yang terukir......
Gadis comel yang sebelum ini merupakan seorang yang periang, kini berubah menjadi pendiam. Selain tak mahu bercakap dengan sesiapa, beliau lebih banyak memencilkan diri di bilik membaca buku. Tentu jiwanya begitu tertekan dan merana dengan perubahan yang sememangnya pelik ini.

Rabu, 10 Oktober 2012

Aksi Si Meow : WW#3

Errrmmmmm, dah agak lama aku tak buat entri bergambar untuk Wordless Wednesday. Hari ni rabu kan, so aku nak paparkan aksi-aksi si comel meow-meow yang pernah menghuni rumahku dan juga yang ada kat kampung my abah. Saksikan lah iya :-



 










Macam mana ?? Kiut tak kucing-kucing saya ni, hehe. 

Ahad, 7 Oktober 2012

Fakta Ringkas Tekanan Darah Tinggi

Lazimnya rakyat Malaysia jika telah menginjak ke usia emas, penyakit-penyakit berikut ini pun hinggap bersama :- darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Tetapi kini bukan saja warga emas, orang muda seawal usia 30-an pun dah banyak yang dapat penyakit-penyakit popular tersebut. Terutamanya darah tinggi atau hipertensi, aku kenal dengan seorang kenalan wanita yang telah dapat penyakit ini di usia 20-an lagi. Hrrrmmm, kesian kan.


Bagi yang kurang faham tentang tekanan darah tinggi , kat bawah ni info ringkas tentang penyakit ini :-

1. Tahap tekanan darah penghidapnya adalah lebih tinggi daripada tahap normal iaitu 120/80mmHg.

2. Angka 120 ialah tekanan sistolik ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung, manakala angka 80 ialah tekanan diastolik semasa jantung berehat di antara proses pengepaman.

3. Jika anda mencatatkan tiga bacaan tekanan darah berturut-turut melebihi 140/90 mmHg semasa berehat, maka anda perlulah menjalani rawatan.

4. Punca tekanan darah tinggi :-

  • Keturunan.
  • Usia.
  • Pengambilan garam dan makanan berlemak secara berlebihan.
  • Kolesterol tinggi dalam darah.
  • Obesiti / gemuk.
  • Sering merasa tertekan / stres.
  • Pengambilan kafein. 
  • Pengambilan alkohol.
  • Merokok.
  • Kurang bersenam.
Uihhhhh, takkan lerr stres sampai macam ni kot, haha.
Jika dilihat punca-punca tu, rasanya chance untuk dapat penyakit ini memang tinggi. Paling koman pun 3 daripada faktor di atas ada pada setiap kita. Kalau aku, dah ada 4 faktor kat situ !!! Faktor yang mana satu tu biarlah rahsia ya. Namun, masih belum terlewat untuk baiki gaya hidup, kita mampu mengubahnya ! Yessss!!

Sumber : Mingguan Malaysia 13052012

Ahad, 30 September 2012

Blogger Hanis Zalikha : Bukan Sekadar Rupa

Sebelum ni aku ada buat entri pasal blogger terkenal Malaysia Ben Ashaari. Kali ni nak cerita pasal blogger perempuan yang tak kurang popular dan hebat. Hanis Zalikha Zainal, si gadis cantik yang selain sibuk berblogging juga merupakan seorang model.


Hanis pun ada berlakon juga, filem dan drama. Kalau rajin godek-godek Youtube, banyak juga klip-klip video pendek yang dihasilkannya. Tentang cara-cara pakai tudung lah, pasal English grammar lah, memang menarik, lucu dan menghiburkan.

Hanis Zalikha ni bukan saja cantik jelita, tetapi juga dikurniakan otak yang bergeliga. Buktinya beliau telah menerima Anugerah Naib Canselor di atas pencapaiannya mendapat CGPA 3.90  untuk Diploma Pengurusan Perniagaan. Anugerah ini diraih beliau semasa Majlis Konvokesyen UITM ke 76 pada bulan Mei yang lalu.


Menurutnya seperti yang dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia, lepas ni beliau akan sambung pengajian ke peringkat ijazah pula. Hanis Zalikha juga sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan produk kecantikan. Memang kenalah, sebab yang menjual pun cantik, senanglah nak yakinkan pelanggan kan. Tentu laris macam produk Dato' Siti, hehe.


inibelogsaya merupakan blog yang diilhamkan oleh Hanis Zalikha. Menarik sangat entri blog dia, seronok tau baca. Aku tertarik dengan kata-kata pada header blog tu, "You can't make everybody like you, you don't even like everybody", ya memang tepat sekali kata-kata ini. Bak kata orang utara, kalau hang pun tak suka semua orang, jangan la nak merungut kalau ada yang tak suka kat hang tau, haha.

Hanis dan pelakon popular Scha Al Yahya
Sebelum ni aku tak subscribe pun blog dia , tapi tetiba masa menulis entri ni, aku rasa nak subscribe lah pula. Eh korang yang tengah baca entri aku ni, rajin-rajin lah follow blog aku juga tau.

Thanks for reading, Bye!! 


Sabtu, 1 September 2012

Pulau Banding dan Tasik Temenggor : Mutiara Di Tengah Hutan Belantara

Setiap kali melewati Pulau Banding dan Tasik Temenggor ketika melalui Lebuh Raya Timur Barat, biasanya aku dan keluarga akan singgah seketika di Tasik ini. Tasik Temenggor ni terwujud disebabkan pembukaan Empangan Temenggor untuk janakuasa elektrik hidro pada tahun 70-an. Air yang terkumpul di Tasik Temenggor pula disalurkan ke Perak dan Pulau Pinang sebagai bekalan air bersih. Oh, patut la aku rasa macam sedap jer air di Penang ni, hehe.

The great view of Tasik Temenggor, cantik kan.
Menyaksikan indahnya tasik buatan manusia ini hati tertanya-tanya best ke kalau dapat  tinggal di resort kat sini. Tapi bila hubby yang pernah datang berkursus di sini beritahu, harga resortnya paling murah pun RM350 semalam, aku batalkan hasrat hati. Udah ler tak dapat talian internet, mahal pula tu, getus hatiku.

kedua-dua resort dipisahkan oleh Jambatan Banding dan Tasik Temenggor
Kali ini ketika menghala ke Timur, aku perasan ada hotel baru bersebelahan Tasik Temenggor tu. Selang satu jambatan dengan resort yang dah lama bertapak di situ, membuatkan resort ini bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh Tasik Banding atau Temenggor. Banding Lake Side Inn namanya. Setelah di google-google, Oooo, Ok lah harganya daripada RM180-600. Jadi semasa menghala balik ke Utara kami mengambil keputusan untuk bermalam di sini.

Pandangan depan Banding Lake Side Inn Hotel & Resort
Pandangan belakang Resort, menghadap ke tasik, menjanjikan penghuninya  suatu  view yang indah
Oleh kerana nak bilik yang mengadap tasik, kami ambil bilik yang mahal sikit, RM230 semalam, jenis superior. Wah! Memang cantik sangat pemandangan dari bilik resort. Nyaman dan tenang jer rasa. Ada balkoni pula tu untuk menikmati keindahan tasik dengan lebih terbuka.

Tambah sikit duit, boleh dapat bilik yang view mengadap Tasik Temenggor
Boleh tahan luas dan selesa biliknya untuk keluarga seramai 4 orang. Si kecil dah berkira-kira nak mandi kat kolam nanti. Teringin juga nak menjelajah Tasik Temenggor dengan bot, tapi bila fikirkan harganya mencecah RM70 seorang, huhu, lain kali jer lah.

Selesa, cozy room
Banyak sebenarnya aktiviti yang ditawarkan oleh pihak resort seperti eksplorasi ke hutan Belum, melawat perkampungan orang Asli, melihat bunga Rafflesia, berpiknik di lata air terjun, memancing di Tasik Temenggor dan macam-macam lagi lah, siap duit jer, hehe.


Bagi yang nak anjurkan acara-acara rasmi pejabat pun boleh sebab resort ni lengkap dengan dewan-dewan dan bilik-bilik mesyuarat. Sambil-sambil berbengkel atau berkursus pihak resort boleh sediakan acara team building, corporate game, indoor game dan barbekue di tepi kolam. Jika nak buat hari keluarga pun sangat-sangat sesuai.


Sebab sebenar aku nak sangat tidur kat sini kerana nak tahu macam mana rasanya tidur kat tengah-tengah hutan ni. Ngeri ke rasanya, sejuk gigil-gigil ke, sebab tak pernah la tidur betul-betul kat tengah hutan. Masa pergi Kundasang sebelum ni pun, tempat tu ada perkampungan kecil. Ketika berkhemah masa join PBSM dulu-dulu pun memang lah dalam hutan, tapi tak jauh dari penempatan orang ramai. Resort ni betul-betul jauh ke tengah hutan Belum, hanya ada kem tentera saja yang berdekatan. Perkampungan orang asli pun terletak di pulau lain, kena naik bot pula untuk ke sana.

Pulau Banding yang dikelilingi Tasik Temenggor
Waktu malamnya tidak lah sejuk, biasa saja, sejuk lagi Kundasang atau Cameron. Cuma agak banyak serangga berterbangan dan sesekali terdengar bunyi-bunyi yang agak pelik macam bunyi monyet. Pada mulanya ingat nak makan malam di kafe resort, tapi bila tengok lauk-pauk pun dah tinggal sikit, tapi tetap kena bayar RM30 seorang, kami batalkan hasrat nak makan di situ. Nasib baik ada warung di kaki bukit hotel yang boleh kami tumpang makan. Cuma RM30 untuk 4 orang, memang murah, boleh tahan sedap juga makanannya. Rupa-rupanya warung tersebut kepunyaan resort juga. Tak pasti lah kenapa diwujudkan di tepi lebuh raya tu, mungkin sebab nak tarik lebih ramai pelanggan ke hotel kot atau sebagai pilihan lain kepada pengunjung .

Makan kat sini jer, huhu. Tapi tak kurang enaknya sebab pihak hotel juga yang masak
Sarapan pagi di kafe Panorama merupakan pengalaman yang menarik sebab kafe ni pun betul-betul mengadap tasik. Sarapan pagi adalah percuma sebab dah termasuk dengan harga bilik. Lepas sarapan, temankan si kecil mandi-manda di kolam. Seronok betul dia sebab tak ramai budak-budak, bolehlah konker kolam sorang-sorang. Kolam pun besar, bersih  dan cantik. Sambil berenang boleh saksikan keindahan Tasik Banding, memang mengasyikkan.

Lobi hotel, nun di hujung sana terletak Panorama Cafe

Berenang sambil menyaksikan keindahan alam semulajadi
Oh ya, resort yang satu lagi tu namanya Belum Rainforest Resort. Dah agak lama bertapak di situ, kepunyaan Kumpulan Emkay. Mungkin lain kali aku nak rasa menginap di situ pula. Tengoklah kalau tak sayang duit kan, hehe. Tapi dengar-dengarnya kalau ada promosi boleh dapat harga sebilik RM268. Hrrmm, boleh cuba tu.

Belum Rainforest Resort, wish to stay here after this.