My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 19 Februari 2012

Hobi Pelik ! Suka Kumpul Kotak

Pelik sangat ke kalau suka simpan kotak kosong? Dah sayang nak buang, abis tu cam ner? Automatik jadi terkumpul la jawabnya kan, hik hik hik. Kalau setakat dua tiga kotak mungkin tak pelik, tapi macam mana kalau satu almari, haaa pelik tak? huhuhu.


Inilah yang berlaku pada aku sebenarnya. Entah kenapa dari dulu lagi suka sangat dengan kotak buat isi barang tu. Lagi comel rupanya, lagi lah aku suka. Sampaikan yang orang dah buang pun, aku rasa nak kutip bawa balik jer. Akibat itu, sedar tak sedar, rupanya dah satu almari aku kumpulkan.

errmmm, cantek kan, macam-macam kaler.

Namun panas tidak berpanjangan, satu hari encik suami sudah terhidu perangai pelik aku ni. Apalagi terkejut besarlah dia bila membuka satu almari yang disangkanya memang tidak digunakan. Cakkk!! Penuh dengan kotak-kotak okay. Ada kotak besar, ada yang kecil, ada kotak kasut, kotak hadiah, macam-macam, hihihi.

setelah operasi, ni lah sebahagian koleksi kotak ku yang tinggal, huhu!!

Atas saranan dan amaran encik suami, terpaksalah aku buang semuanya. Tapi sempat jugalah aku sembunyikan satu dua kotak yang memang sayang sangat nak buang, hehehe. Tapi lama kelamaan tanpa disedari aku sudah mula mengumpulnya balik, huhu, tak insaf-insaf lagi nampaknya. Tapi kali ini aku letak berselerak, ada yang kat bawah katil, ada yang landing kat dapur, ada yang kat dalam almari pakaian, mana-manalah asal tak nampak macam banyak, hehe, taktik okay.

uniknya, buat door gift cantek ni, kan kan.

Kali ini juga aku seboleh-bolehnya kawal kegilaanku pada kotak. Kalau dulu hatta kotak ubat gigi, kotak tisu mahupun kotak cornflakes pun aku simpan, kali ni aku hadkan. Simpan kotak tertentu saja, macam kotak kasut ke, atau kotak mainan anak aku. Jika aku sampai hati nak buang, memang aku buang. Tak mau dah gila sangat sampai penuh satu almari.

sapa yg sudi hadiahkan saya kotak macam ni?? hehehe.

Selain sayang nak buang dan terpikat dengan kecomelan kotak, kononnya aku mempunyai niat yang sangat suci murni, iaitu jika nak bagi kawan-kawan hadiah senang, tak payah susah-susah nak cari kotak untuk isikannya. Walhal dalam setahun adalah sekali dua jer aku kasi orang hadiah, muahhahaha. Tapi tak apa, niat dah baik, kumpul kotak kira okay lagi jika nak dibandingkan dengan kumpul katak, betul tak, oppss! Gurau jer, buat pencinta katak, jangan marah ya, hehehe.

My Chinese Friends Part I

Tak tahulah tetiba jer terasa nak menulis tentang kawan-kawan lama aku yang berbangsa cina. Idea datang tanpa diundang, hehehe!! Ok lah, meh baca aku berlipur lara tentang mereka ni, have fun!!! Tapi untuk entri kali ini aku cerita tentang sorang kawan jer dulu lah. Ye lah, kalau entri panjang-panjang korang tertidur pulak kan.


Miss Tembam

Dia ni lah kawan pertama masa keluarga aku berhijrah ke Kelantan. Aku ingat lagi, pertama kali dia datang menegur sewaktu aku membeli pensil warna bersama atuk di sebuah kedai yang berhampiran rumahnya. Jenama pensil tu pun aku masih ingat, LUNA, haha. Kebetulan pula selepas itu dia adalah rakan sekelas aku di sekolah rendah. Aku tak ingat masa darjah berapa dia mula sekelas dengan aku. Tapi yang aku ingat dari darjah 3 sehingga darjah 6 memang kami sekelas.


Bila aku ke kedai membeli barang, pasti singgah di rumahnya yang merupakan salah satu deretan kedai di situ. Ayahnya bertani dan juga menjual barang-barang pertukangan di rumah kedai yang mereka tinggal. Khabarnya sudah lama mereka sekeluarga menetap di kampung ini. Nenek ku sendiri kenal dengan keluarganya. Menurut nenek aku, datuk dan nenek dia dulu pernah menganut Islam. Tetapi selepas kematian arwah datuknya semasa menunaikan haji di Mekah, neneknya kembali ke agama asal mereka.


Kami berpisah apabila bersekolah menengah kerana masing-masing tinggal di asrama. Namun begitu, setiap kali cuti sekolah, kami pasti saling mengunjungi rumah masing-masing. Kami akan bertukar-tukar majalah hiburan dan novel, sibuk bergosip pasal artis tempatan, hehe. Masih ingat lagi, jika lama aku tidak ke rumahnya, ibunya lah yang riuh-rendah bertanyakan nenek aku kenapa aku sudah lama tak datang.

Masih segar di ingatan, selepas SPM kami sama-sama sibuk ke bandar untuk menguruskan borang-borang permohonan ke kolej. Dari kampung ke bandar memakan masa 1 jam juga menaiki bas. Banyak kali juga kami terpaksa ke bandar untuk uruskan hal ini. Namun itu bukannya halangan untuk kami mengejar impian masing-masing.


Hubungan kami kian renggang apabila menyambung pelajaran ke negeri berlainan selepas sekolah. Aku pun dah tak ingat, masa kahwin dulu aku jemput dia dan keluarganya ke tidak, huhuhuk. Selepas masing-masing kerja, memang tak jumpa langsung dah. Khabarnya dia kerja di salah sebuah hospital di KL, dan aku pula di Utara Tanah air.


Kali terakhir dengar berita tentang dia ni ialah beberapa bulan lepas. Itu pun secara kebetulan aku terjumpa adik bongsu dia. Dari adik dia lah aku dapat tahu yang kawan aku ni masih membujang lagi dan satu lagi dia dah slim, tak tembam lagi, hehe. Maklumlah adik dia ni trainer pelangsingan badan, mestilah kena slim kan kakaknya dulu kan. Ada juga aku tinggalkan nombor telefon untuk dia, tapi sehingga sekarang tak ada berita. Nak add  dia kat facebook pun, memang dia tak ada akaun. Apa-apa pun aku doakan kebahagiaannya walau kami tak lagi berhubung.

Sabtu, 18 Februari 2012

Sebab-sebab Suami Merajuk

Entry kali ni nak citer bab-bab rumah tangga pulak. Chewaahhh!! Macam terer sangat la kan. Tapi bak kata orang bijak pandai kalau nak tunggu terer dulu baru nak menyampaikan ilmu, lama-lama akan makin kuranglah orang yang sudi berkongsi ilmu dengan kita. Jadi mari kita tengok apa agaknya yang menyebabkan encik-encik suami merajuk (sumber : Majalah Keluarga).


1. Menepis Pelukannya
Mungkin anda berasa rimas jika sedang sibuk membuat kerja-kerja rumah, tiba-tiba suami memeluk dari belakang. Jika ditolak ia akan membuatkan suami tersinggung. Sebaiknya biarkan sahaja kerana perlakuan ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayangnya pada anda.


2. Tidak Menggosok Pakaian Kegemaran
Jika si dia sudah mengingatkan supaya menggosok baju kegemarannya dan anda terlupa, sudah tentu perkara ini melukakan hatinya. Jadi jangan la buat-buat lupa iron baju si dia ya.


3. Tidak Angkat Panggilan Telefon
Jangan biarkan si dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan sang suami menjadi marah dan hilang mood untuk bercakap dengan anda. Jika anda terlalu sibuk di pejabat dan memang tidak sempat menjawab panggilannya, cepat-cepatlah menelefonnya semula sebaik saja berpeluang.


4. Meninggikan Suara
Intonasi suara hendaklah sentiasa dijaga agar tidak kedengaran seperti anda sedang memarahi si dia. Mungkin semasa bercinta anda biasa bercakap kasar dengannya seperti rakan-rakan rapat anda, namun begitu sebaik saja berkahwin anda disarankan menukar tabiat ini agar tiada masalah komunikasi anda dengannya.


5. Asyik Melayari Laman Sosial
Jangan kerana sebok berfesbuk, bertwitter atau berblogging anda terlupa tanggungjawab sebagai isteri pulak ya. Walau seronok melayari alam maya, tinggalkan lah sebentar jika diri anda diperlukan sang suami.


6. Menukar Siaran Lain Ketika Menonton Televisyen
Ketika si dia sedang menonton dan rancangan kegemaran anda pula sedang bersiaran di saluran lain, jangan sesekali menukar siaran tanpa izinnya. Sebaiknya jika si dia juga sedang menonton rancangan yang diminatinya, cubalah bertolak ansur atau mengalah untuk kali itu. Sediakan minuman panas untuknya akan membuatkan si dia lebih menyayangi anda.

7. Tidak Menyediakan Keperluan Ketika Makan
Sekiranya suami tengah makan, jangan lupa sediakan air basuh tangan, minuman dan menemaninya di meja makan. Walaupun anda sedang diet cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan.

Sabtu, 17 Disember 2011

Awas!!! Racun Dalam Kereta!!!

Kebanyakan buku panduan kereta menyatakan, sebelum penyaman udara dibuka, tingkap hendaklah diturunkan dahulu bagi mengeluarkan udara panas yang terperap. Maksudnya selepas anda memasuki kereta, hidupkan enjin dan buka tingkap kereta selama beberapa minit. Selepas itu, barulah penyaman udara dihidupkan. Mengapa agaknya perlu berbuat demikian ?? 

memandu kereta dengan tingkap terbuka mungkin lebih baik, tapi sanggupkah anda dalam keadaan cuaca negara kita yang sangat berbahang ni....huhu...

Sebabnya menurut kajian, papan pemuka kereta (dashboard), kerusi dan penyegar udara mengeluarkan benzene iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser. Jadi tidak hairanlah jika semakin ramai orang mati akibat kanser dari hari ke hari. Manakan tidak, setiap hari, sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan petang kita akan berada di dalam kereta. 


Selain itu, benzene juga meracuni tulang yang mengakibatkan anemia dan mengurangkan sel darah putih dalam tubuh. Pendedahan yang berpanjangan akan menyebabkan leukemia dan meningkatkan risiko kanser yang lain. Bahan toksik ini juga boleh menyebabkan keguguran kandungan, kerosakan buah pinggang dan hati. 

Tahap benzene yang boleh diterima dalam bangunan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Sebuah kereta yang diletakkan di dalam bangunan dengan tingkap tertutup mengandungi 400-800 mg benzene. Jadi bagaimana jika kereta diletakkan di luar rumah di bawah cahaya matahari pada suhu 16 darjah celcius ?? (Ini cuaca di negara sejuk, jika di Malaysia lagi la panas terik). Jangan terperanjat kerana tahap benzene dalam kereta sebegini akan meningkat sehingga 2000 - 4000 mg!!! Iaitu 40 kali ganda daripada tahap yang boleh diterima. 


Jadi orang yang masuk ke dalam kereta dengan tingkap bertutup, tidak dapat tidak tentu akan terpaksa menyedut jumlah toksin yang berlebihan. Apa yang lebih teruk, toksin ini sukar dibuang daripada badan!!! Jadi untuk mengurangkan risiko ini, sebelum masuk kereta, sila buka tingkap dan pintu kereta anda bagi memberi laluan racun ini keluar. Masalah ini bukannya terletak pada penyaman udara kereta, tetapi peralatan lain dalam kereta yang boleh menghasilkan benzene. 




Sabtu, 10 Disember 2011

Alamak!! Bau Badan!!

Rasanya rakyat Malaysia agak beruntung kerana masalah bau badan masyarakat kita tidaklah ketara. Kalau kita berurusan dengan 50 orang setiap hari di Pejabat atau mana-mana saja, mungkin 5 orang saja yang kita tercium bau badan mereka yang agak kurang harum. Kebanyakannya berbau neutral atau wangi semerbak mengalahkan artis dan model.

Tapi jika anda selalu berurusan dengan warga luar terutamanya yang dari Timur Tengah tu, haaa...di sinilah cabarannya. Dalam jarak sebatu dah tercium bau-bau yang agak meloyakan tekak. Itulah yang dikatakan bau semulajadi badan seseorang, ada yang tiada masalah bau badan dan ada segelintir dari kita yang memang mempunyai bau badan pada tahap kritikal.


Bagaimana rasanya jika anda termasuk dalam golongan yang bermasalah macam ini. Hoho...sudah tentu memalukan bukan, apalagi jika anda adalah kaum Hawa. Kalau nak senang atau penyelesaian dalam tempoh beberapa jam , boleh jer calit banyak-banyak deodoran atau pewangi ketiak. Selain itu mungkin anda boleh  mencuba altenatif-altenatif ini :

1. Benzoyl Peroxide dan Penyegar
Benzoyl Peroxide berupaya membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya bau yang kurang menyenangkan. Caranya semasa mandi, gunakan pembersih muka yang biasanya mengandungi Benzoyl Peroxide untuk mencuci bawah lengan. Selain itu penyegar atau toner muka juga boleh digunakan untuk mencuci ketiak. Caranya ambil kapas muka yang telah dibasahkan dengan toner dan lapkan pada ketiak. Selepas itu bolehlah pakai deodoran seperti biasa.

2. Teh Hitam
Ramai yang tak tahu bahan yang terdapat dalam teh hitam mampu mengurangkan pengeluaran peluh oleh bahagian bawah lengan. Caranya, rebus sedikit teh hitam dan tuangkan di atas sehelai kain. Biarkan hingga sejuk, lalu lapkan ke bahagian ketiak selama lebih kurang lima minit. Lakukan kaedah ini setiap malam selama dua minggu. InsyaAllah hasilnya memuaskan.

3. Rajin Mandi
Cuaca negara kita yang panas lembap ini sangat sesuai untuk kita rajin-rajinkan diri ke kamar mandi. Semasa mandi pastikan anda tidak lupa untuk menggosok dan mencuci bersih-bersih ketiak dengan sabun antiseptik. Setelah keringkan dengan tuala, jangan lupa menyapu deodoran.

4. Menjaga Pemakanan
Sebaiknya hindari makanan yang dapat merangsang pengeluaran peluh berlebihan sehingga menimbulkan masalah bau badan. Antara makanan yang menyebabkan masalah bau badan ialah bawang merah, bawang putih, petai dan daging kambing.Sebaiknya dibanyakkan pengambilan air putih, buah-buahan dan sayuran. Pengalaman saya dengan seseorang yang sangat suka makan petai ialah....perghhhh....bau badannya...memang boleh pengsan dibuatnya jika dia melintas berhampiran...huhu.

5. Hindari Tekanan
Memang banyak keburukan stres ni kan. Sudahlah akses yang baik untuk penyakit jantung, darah tinggi dan kemurungan, bau badan pun dapat juga. Ini kerana kelenjar aprocine yang mengeluarkan peluh bekerja lebih aktif ketika seseorang itu sedang stres. Jadi, jangan nak stres-stres, gembiralah selalu, hasilnya wajah anda berubah manis....bau badan pun wangi tau...ahakkss!!