Amacam ?? Terliur tak tengok, hehehe. Selamat menjamu selera ya.
Rabu, 29 Ogos 2012
Wahhh Enaknya !!! WW#2
Sempena bulan Syawal ni dah tentu kerjanya asyik-asyik makan saja kan. Rumah terbuka la, ofis pun terbuka jugak, habis tu macam mana nak diet, hehe. Jadi untuk Wordless Wednesday kali ni penuh dengan gambar-gambar makanan saja. Jom tengok from my own camera lense :-
Ahad, 12 Ogos 2012
Mengutip Bayi-bayi Dari Tempat Pelupusan Sampah
Baca tajuknya pun dah buat kita rasa sedih dan pilu kan. Tapi begitulah realiti yang sering berlaku di negara China. Mungkin disebabkan polisi kerajaannya yang membenarkan satu keluarga hanya boleh memiliki seorang anak, menyebabkan keadaan jadi kronik begini.
Jika di kawasan pedalaman negara tersebut, bayi-bayi yang 'berlebihan' ini akan dibunuh dengan mencampakkannya dari gunung atau cara lain. Tetapi di bandar biasanya bayi-bayi malang ini tidak dibunuh, sebaliknya akan ditinggalkan di tepi jalan dan di tempat pelupusan sampah. Terserahlah nasib bayi ini sama ada akan diselamatkan orang mahupun dibiarkan mati di situ (Owwhhhh !! Sediiihhhhnyaaaa !!).
Namun begitu masih ada rupanya insan mulia si pemungut sampah yang akan bawa pulang semua bayi-bayi yang dijumpainya. Lou Xiaoying wanita yang sudah berusia 88 tahun ini mula membawa pulang bayi-bayi malang tersebut sejak tahun 1972 lagi.
Mengimbas kembali penemuan bayi perempuan pertama yang dipungutnya, beliau menceritakan " Bayi itu ditinggalkan sendirian di tepi jalan yang dikelilingi sampah, melihat anak ini membesar dengan sihat kemudiannya menyedarkan saya bahawa menjaga anak sebenarnya memberikan keseronokan".
Walaupun miskin dan serba kekurangan, Xiaoying dan suami dengan dibantu anak-anak yang lain akan sedaya upaya memelihara mereka dengan baik. Sepanjang mengutip sampah di Jinhua, Wliayah Timur Zheijiang, seramai 30 bayi berjaya diselamatkannya. Namun begitu hanya 4 orang yang dipelihara seperti anak sendiri sementara yang lain diserahkan kepada keluarga angkat.
Bayi terakhir yang dipelihara sendiri sudah berusia 7 tahun sekarang. Mengenang pertemuan dengan 'anak' bongsunya ini beliau memberitahu " Ketika menemui Zhang Qilin saya sudah berusia 82 tahun, namun saya tidak sanggup meninggalkannya sendirian dan membiarkannya mati. Dia terlalu cantik di mata saya dan sanggup menjaganya walaupun saya sendiripun hidup susah".
Kini Xiaoying yang sudah 17 tahun kematian suami, terlantar di hospital kerana mengalami masalah buah pinggang. Di kalangan masyarakat tempatan, beliau dianggap wira dan dihormati kerana jasa-jasanya itu. Bagi meneruskan tradisi keluarga, tugas-tugas mulia itu kini diambil alih oleh anak kandungnya yang berusia 48 tahun iaitu Zhang Caiying.
Sumber : Mingguan Malaysia, 12/08/2012.
Jika di kawasan pedalaman negara tersebut, bayi-bayi yang 'berlebihan' ini akan dibunuh dengan mencampakkannya dari gunung atau cara lain. Tetapi di bandar biasanya bayi-bayi malang ini tidak dibunuh, sebaliknya akan ditinggalkan di tepi jalan dan di tempat pelupusan sampah. Terserahlah nasib bayi ini sama ada akan diselamatkan orang mahupun dibiarkan mati di situ (Owwhhhh !! Sediiihhhhnyaaaa !!).
Namun begitu masih ada rupanya insan mulia si pemungut sampah yang akan bawa pulang semua bayi-bayi yang dijumpainya. Lou Xiaoying wanita yang sudah berusia 88 tahun ini mula membawa pulang bayi-bayi malang tersebut sejak tahun 1972 lagi.
Xiaoying bersama salah seorang bayi yang diselamatkannya |
Walau serba kekurangan, Xiaoying dan suami tetap menjaga anak-anak terbuang ini dengan baik |
"Sayaaanngg mak" begitulah agaknya kata-kata yang diucapkan Zhang Qilin buat bonda angkatnya |
Walaupun kini terlantar di hospital, anak-anak yang pernah diselamatkan Xiaoying tidak pernah lupa melawatnya |
Sumber : Mingguan Malaysia, 12/08/2012.
Istimewanya Malam-malam Terakhir Ramadhan
Selalunya awal-awal Ramadhan tu penuh sesaklah masjid, ye tak?? Sampaikan kalau datang lewat sikit jer, mesti tak ada ruang dah nak solat jemaah. Tapi semakin lama makin berkurangan jemaah, apa lagi pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan, memang ketara banyak ruang kosong. Macam-macam kekangan yang membuatkan jadi begitu, sibuk buat persiapan rayalah, sibuk nak siap-siap balik kampung, buat kuih, pasang langsir, macam-macam hal, pendek kata sibuk sungguhlah masa ni kan.
Walhal ramai yang sedia maklum pada 10 malam terakhir inilah mempunyai banyak kelebihan iaitu wujudnya satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Keistimewaan malam Lailatul Qadar ialah :-
1. Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun umur kita.
2. Disifatkan sebagai malam yang berkat dan mempunyai keistimewaan yang banyak, kerana malaikat akan turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah SWT.
3. Al Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun.
4. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.
5. Allah mengampunkan hambaNya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Ramai yang berteka-teki malam yang mana satukah malam Lailatul Qadar ? Dalam hal ini Rasulullah SWT telah bersabda " Carilah lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadhan" - Riwayat Bukhari dan Muslim. Sabda Baginda lagi " Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir ". - Hadis Riwayat Bukhari.
Bagaimanakah rasanya atau tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadar ? Beberapa tanda-tandanya disifatkan seperti berikut :-
1. Udara dan angin sekitarnya terasa tenang seperti Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ini :- " Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lembut kemerah-merahan".
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia pun dapat merasakannya dan merasa nikmat dalam beribadah yang tidak diperolehi pada hari-hari lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat Rasulullah SWT.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tiada sinar. Dari Abi bin Ka'ab, bahawa Rasulullah SWT bersabda " Subuh hari dari malam Lailatul Qadar ialah matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah seperti lampu di dalam bekas sehingga matahari itu naik" - Hadis Riwayat Muslim.
5. Pada malam itu, Malaikat Jibril akan menyalami orang yang sedang beribadah yang menyebabkan mereka akan terasa sangat hiba dan sayu yang kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Begitulah tips-tips yang boleh kita jadikan panduan untuk mencari malam yang penuh barakah ini. Semoga Allah SWT memudahkan dan memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Walhal ramai yang sedia maklum pada 10 malam terakhir inilah mempunyai banyak kelebihan iaitu wujudnya satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Keistimewaan malam Lailatul Qadar ialah :-
1. Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun umur kita.
2. Disifatkan sebagai malam yang berkat dan mempunyai keistimewaan yang banyak, kerana malaikat akan turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah SWT.
3. Al Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun.
4. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.
5. Allah mengampunkan hambaNya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Malam Lailatul Qadar yang menjadi misteri setiap Ramadhan |
Bagaimanakah rasanya atau tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadar ? Beberapa tanda-tandanya disifatkan seperti berikut :-
1. Udara dan angin sekitarnya terasa tenang seperti Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ini :- " Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lembut kemerah-merahan".
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia pun dapat merasakannya dan merasa nikmat dalam beribadah yang tidak diperolehi pada hari-hari lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat Rasulullah SWT.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tiada sinar. Dari Abi bin Ka'ab, bahawa Rasulullah SWT bersabda " Subuh hari dari malam Lailatul Qadar ialah matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah seperti lampu di dalam bekas sehingga matahari itu naik" - Hadis Riwayat Muslim.
5. Pada malam itu, Malaikat Jibril akan menyalami orang yang sedang beribadah yang menyebabkan mereka akan terasa sangat hiba dan sayu yang kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Begitulah tips-tips yang boleh kita jadikan panduan untuk mencari malam yang penuh barakah ini. Semoga Allah SWT memudahkan dan memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Rabu, 8 Ogos 2012
Entri Bergambar Untuk Wordless Wednesday
Eh eh, aku baru tau ler yang hari rabu ialah hari blogger buat entri bergambar saja, tanpa ulasan. Hrrmmm, menarik tu, tak payah susah-susah perah idea, yer dak?? So, aku pun nak juga buat entri bergambar gitu. Sempat lagi ni, masih hari rabu kan. Tapi kebelakangan ni tak tau lah kenapa blog aku ni dok capture tarikh lewat sehari. Tak pa lah, nanti tengok kalau entri ni keluar tarikh yang betul, aku dah setting elok-elok ni. So, untuk hari rabu ini, jom layan gambar-gambar yang aku atau hubby ambil sendiri. Ori ni tau, takdenya curi-curi dari blog atau mr Google, hehe.
Hah, amacam ?? Dah buat tafsiran sendiri ?? Semoga terhibur ya, terima kasih kerana sudi menjengah blog ku yang tak seberapa ni. Adios.
Hah, amacam ?? Dah buat tafsiran sendiri ?? Semoga terhibur ya, terima kasih kerana sudi menjengah blog ku yang tak seberapa ni. Adios.
Ahad, 5 Ogos 2012
Keajaiban Air Zam Zam
Rasanya semua orang Islam pasti sekurang-kurangnya sekali seumur hidup pernah minum air zam zam. Dapat bezakan tak rasanya dari air biasa lain ?? Tak berbau, Payau-payau sikit, tawar dia lain namun terasa asli dan sedap. Biasanya dapat minum secawan kecil jer kan ketika mengunjungi saudara-mara yang baru pulang dari Mekah.
Aku pernah minum air zam zam ni banyak-banyak macam air mineral jer tak lama dulu. Tak percaya ?? Oh, bukannya sebab aku pernah tinggal di Mekah tapi disebabkan masa tu aku selalu berurusan dengan pelajar dari Arab Saudi. Setiap kali baru balik dari Mekah, pastinya dia akan menghantar 2-3 botol besar air zam zam ke pejabatku, hehehe. Apalagi aku dan opis mate pun dok ulang minum macam air mineral jer, hihi. Langsung tak berjimat. Sebagai balasan aku hanya sempat bagi keropok kelantan jer kat Pak Arab yang baik hati dan pendiam tu.
Sejarah Kewujudan Telaga Zam Zam
Tahu ke tidak bagaimana wujudnya telaga zam zam ni yang agaknya dah berusia lebih daripada 2000 tahun. Bayangkan airnya tidak pernah kering sehingga kini dan masih mampu menghilangkan dahaga berjuta-juta orang yang beribadat di tanah suci Mekah.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abas RA, bahawa Nabi Ibrahim AS telah meninggalkan isterinya Siti Hajar dan puteranya Ismail di satu lembah di tengah-tengah padang pasir tandus yang tiada penghuni dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini dilakukan Baginda atas kehendak Allah SWT.
Walaupun Nabi Ibrahim telah meninggalkan 2 kantung air tetapi sudah pasti tidak cukup. Oleh kerana berasa lapar dan haus, Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu telah menangis. Siti Hajar lalu keluar mencari air dan telah berjalan berulang-alik sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertembung dengan pedagang yang membawa air. Amalan saie inilah yang menjadi salah satu rukun haji dan umrah kini.
Setelah itu Siti Hajar naik ke atas Bukit Marwah dan melihat Malaikat berada disamping anaknya Ismail sedang menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancut keluar air zam zam. Sejak dari itu sehingga kini air zam zam ini kekal ada untuk dinikmati oleh generasi sekarang. Setiap jemaah akan diberikan 10 liter air zam zam percuma untuk dibawa pulang.
Hikmah dan Khasiat Air Zam Zam
Air zam zam merupakan anti oksida yang baik untuk tubuh. Ia boleh dijadikan penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :- "Air zam zam itu penuh berkat, ia makanan yang mengenyangkan ( dan ubat bagi merawat penyakit ) - Hadis riwayat Muslim.
Imam Ibnu Qayyim telah menggunakan air zam zam untuk mengubati penyakitnya. Beliau telah mengambil segelas air zam zam dan membacakan surah al-fatihah berkali-kali ke dalam gelas tersebut. Setelah itu air zam zam tersebut diminum dan didapati telah berupaya menyembuhkan penyakit yang dideritainya. Beliau telah menyebarkan perkara ini kepada orang ramai dan ramai yang berhasil sembuh menggunakan kaedah yang sama.
Amalan orang kita menganjurkan supaya semasa meminum air zam zam hendaklah berdoa di dalam hati agar terang hati, dihapuskan perasaan busuk hati dan mudah menerima ilmu serta tunjuk ajar. Lebih berkat jika diminum oleh bayi atau kanak-kanak yang masih lagi putih hatinya agar dilindungi dari berkelakuan dan berperangai yang tidak elok.
Sumber : Metro Ahad, 29 April 2012.
Biasanya dapat minum air zam zam dalam cawan kecik-kecik gini jer kan, huhu. |
Dalam botol besar-besar ni lah yang selalunya diberi Pak Arab tu. |
Sejarah Kewujudan Telaga Zam Zam
Tahu ke tidak bagaimana wujudnya telaga zam zam ni yang agaknya dah berusia lebih daripada 2000 tahun. Bayangkan airnya tidak pernah kering sehingga kini dan masih mampu menghilangkan dahaga berjuta-juta orang yang beribadat di tanah suci Mekah.
Kedudukan telaga zam zam di Mekah, berhampiran kaabah. |
Walaupun Nabi Ibrahim telah meninggalkan 2 kantung air tetapi sudah pasti tidak cukup. Oleh kerana berasa lapar dan haus, Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu telah menangis. Siti Hajar lalu keluar mencari air dan telah berjalan berulang-alik sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertembung dengan pedagang yang membawa air. Amalan saie inilah yang menjadi salah satu rukun haji dan umrah kini.
telaga zam zam zaman dulu-dulu |
Telaga air zam zam kini, dah moden binaan telaganya |
Hikmah dan Khasiat Air Zam Zam
Air zam zam merupakan anti oksida yang baik untuk tubuh. Ia boleh dijadikan penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :- "Air zam zam itu penuh berkat, ia makanan yang mengenyangkan ( dan ubat bagi merawat penyakit ) - Hadis riwayat Muslim.
Tempat pengumpulan air zam zam di Masjid Nabawi |
Tempat minum air zam zam yang disediakan Kerajaan Arab Saudi di Mekah |
Sumber : Metro Ahad, 29 April 2012.
Sabtu, 4 Ogos 2012
Seronok Baca Kisah Blogger Terkenal, Ben Ashaari
Membelek-belek akhbar yang dah hampir 2 bulan lalu diterbitkan, mataku tiba-tiba terbuka luas. Hrmmm, ada cerita menarik tentang blogger terkenal Malaysia masa kini, siapa lagi kalau bukan Bro Ben Ashaari. Macam tak percaya bila dikatakan Ben adalah seorang suri rumah, biar betul ??? Getus hati kecilku antara percaya dengan tidak.
Menurut Kosmo keluaran 17 Jun 2012 tu, Ben yang sebelum ini kakitangan kerajaan gred N27 telah mengambil keputusan berhenti kerja sejak 6 bulan lalu untuk menjadi blogger sepenuh masa. Beliau tidak sekali-kali menyesal bahkan amat gembira dengan kehidupannya kini.
Mungkin anda menggaru-garu kepala, tak sayang ke Ben meninggalkan gaji tetap yang diterimanya setiap bulan. Kerja gomen pula tu kan. Haaa!! Jangan tak tahu, walaupun tidak lagi bergaji tetap, hasil yang di raihnya kini lebih banyak daripada gajinya dulu. Tak perlu hairan kerana pendapatan itu adalah hasil daripada pengiklan yang menggunakan ruang blognya dan juga ulasan produk yang dilakukannya.
Gitulah berkat dari kesungguhan dan kerajinan memanfaatkan bakat dan akal pemberian Allah. Aku tak heran jika Mr Ben mampu jana pendapatan tinggi kerana dalam sehari beliau mampu menerbitkan lebih daripada 6 entry. Bukan macam aku ni, 6 minggu sekali nak buat satu entry pun malas, hihihi. Ben juga mempunyai 20,000 pengikut (aku ?? 25 orang ja setakat ni, huwaaaa!!!), selain dilayari oleh 4000 pengunjung setiap hari, perghhhh!!!
Walaupun tak lagi perlu tergopoh-gapah ke tempat kerja, beliau tetap mulakan rutin harian seawal pagi lagi. Selesai solat subuh, beliau akan berjoging di sekitar kawasan rumah. Setelah itu beliau menguruskan Qhaliff, anaknya yang baru berusia 2 bulan. Bila bayinya tidur, Ben mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja rumah lain termasuk mencuci pakaian, menyapu sampah dan mengemaskini blog.
Bila bekerja sendiri ni, masa pun boleh diatur mengikut kehendak sendiri dan keluarga. Nak cuti bila-bila pun boleh. Isteri yang bekerja pun berasa lebih tenang kerana tak perlu risau tentang keselamatan dan kebajikan anak yang dijaga oleh ayahnya sendiri dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
Wow !! Tabiklah bro Ben ni, berani buat keputusan dan ambil risiko yang sangat ditakuti oleh orang kita. Apa-apa pun moga kehidupan blogger yang menjadi inspirasi blogger-blogger lain termasuk aku ni, terus sukses dalam kehidupan beliau. Amin.
Dicilok daripada Blog Ben Ashaari, hehehe. |
Mungkin anda menggaru-garu kepala, tak sayang ke Ben meninggalkan gaji tetap yang diterimanya setiap bulan. Kerja gomen pula tu kan. Haaa!! Jangan tak tahu, walaupun tidak lagi bergaji tetap, hasil yang di raihnya kini lebih banyak daripada gajinya dulu. Tak perlu hairan kerana pendapatan itu adalah hasil daripada pengiklan yang menggunakan ruang blognya dan juga ulasan produk yang dilakukannya.
Gitulah berkat dari kesungguhan dan kerajinan memanfaatkan bakat dan akal pemberian Allah. Aku tak heran jika Mr Ben mampu jana pendapatan tinggi kerana dalam sehari beliau mampu menerbitkan lebih daripada 6 entry. Bukan macam aku ni, 6 minggu sekali nak buat satu entry pun malas, hihihi. Ben juga mempunyai 20,000 pengikut (aku ?? 25 orang ja setakat ni, huwaaaa!!!), selain dilayari oleh 4000 pengunjung setiap hari, perghhhh!!!
Ehhhh...banyaknya baju nak kena cuci ni (cilok daripada blog mr Ben jugak) |
Cerita tentang dirinya yang sentiasa menjadi inspirasi blogger lain |
Wow !! Tabiklah bro Ben ni, berani buat keputusan dan ambil risiko yang sangat ditakuti oleh orang kita. Apa-apa pun moga kehidupan blogger yang menjadi inspirasi blogger-blogger lain termasuk aku ni, terus sukses dalam kehidupan beliau. Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)