My FoLLoWers~TQ~

Isnin, 11 Februari 2013

10 Cara Ringkas Ubati Stress

Bila tengah stress apa agaknya yang akan anda buat?? Dari pemerhatian, ada yang pergi gerai mamak untuk menikmati teh tarik, ada juga yang pulun makan banyak-banyak dan tak kesah jadi gemuk (hahaha...!!!! Lepas tu akan lebih stress bila berat badan makin naik). Bagi yang lelaki pula mungkin akan menghembuskan asap rokok banyak-banyak sampai jerebu satu bandar.

Beriadah di tasik yang indah begini mungkin menenangkan fikiran anda - Tasik Taiping
Bagi yang ada duit berkepuk-kepuk bolehlah pergi bercuti ke destinasi impian (ni yang jeles ni...ermmm). Ada juga yang suka shopping tapi lepas tu jadi lebih stress sebab duit habis ataupun melonggokkan lagi hutang jika guna kad kredit (huhu...). Tapi pernah kah terfikir sebenarnya banyak lagi perkara yang senang jer untuk dipraktikkan bagi meredakan stress, jom kita tengok :-

1. Mengambil Wuduk dan Solat
Tak sampai lima minit pun yang diperlukan untuk ambil wuduk kan. Begitu juga dengan solat, lima minit pun dah siap. Tatkala mengambil wuduk kita akan membasuh muka dengan air yang bersih, sekaligus meredakan perasaan stress yang bersarang di kepala. Begitu juga apabila solat, melafazkan ayat-ayat suci al-Quran dan berdoa semasa sujud membuatkan kita rasa lebih tenang.

2. Memeluk Yang Disayangi
Peluk apa ya, boleh jadi suami, anak, ibu bapa, datuk nenek, teddy bear mahupun binatang peliharaan anda. Peluklah erat-erat dan rasakan kedamaian yang meresap ke dalam jiwa yang lara.

Memerhati gelagat anak-anak kucing bermain pun boleh redakan stress

3. Minum Air Kosong
Air kosong akan membantu keluarkan toksin dari badan dan seterusnya meredakan stress. Disarankan untuk minum 8 gelas sehari bagi mengoptimumkan kebaikannya. Selain menenangkan fikiran, minum banyak air juga akan membantu kurangkan berat badan dengan pengeluaran lemak melalui air kencing. Haaa! Dah tentu bertambah gembira kan, tenang dapat , badan slim pun dapat!!

4. Ketawa
Tengok dan dengarlah cerita-cerita yang lucu dan ketawalah sepuasnya. Anda pasti berasa lebih aman selepas itu. Tapi awasss !! Jangan lah pula berlebih-lebihan, nanti orang ingat anda tak betul pula, hehe.

5. Pakai Baju Yang Cantik dan Bersih
Haaaa!! Jangan tak tahu ya, aura dari baju yang cantik dan bersih akan membuatkan kita bersemangat untuk aktiviti hari itu. Apalagi jika teman-teman (kalau bernasib baik mungkin bos yang puji) memuji-muji penampilan anda, sudah tentu perasaan gembira tersebut akan memudarkan kegelisahan anda.

Pakailah tudung yang cantik dan berkualiti seperti adijuma ni. Tentu anda rasa lebih gembira.

6. Minum Secawan Teh Panas
Kandungan chamomile di dalam teh dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Hasil kajian London Kolej Universiti mendapati mereka yang minum teh hitam menghasilkan kandungan kortisol yang kurang. Kortisol ialah bahan yang boleh meningkatkan hormon stress yang biasanya terdapat dalam minuman berkafein seperti kopi.

Green Tea Jepun mempunyai banyak khasiat semulajadi

7. Banyakkan Berjalan Kaki
Tahukah anda berjalan kaki selama 20 minit sehari akan membantu sistem badan untuk menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tahap stress anda. Lagi baik jika anda rajin bersenam aerobik kerana senaman ini akan menghasilkan endorphin yang menenangkan fikiran.

8. Menangis
Bagi orang lelaki, menangis mungkin menyebabkan maruah mereka jatuh berdebuk. Tapi ramai yang tak tahu menangis adalah cara semulajadi untuk menyahtoksin dari badan, sekaligus akan meredakan stress dan menerbitkan rasa riang di dalam diri.

9. Hargai Diri Sendiri
Mungkin anda pernah dengar, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain. Hargai diri dengan menggembirakan diri sendiri, makan makanan yang anda suka (awas!!! jangan sampai gemuk sudahlah ya, nanti lagi stress), beli apa yang anda kehendaki selama ini (jika mampu) dan buatlah apa saja aktiviti kegemaran anda, insyaAllah jika anda terasa berharga, maka diri akan terasa lebih tenang dan kasih sayang anda juga akan melimpah untuk orang lain di sekeliling anda.

Sesekali manjakan diri dengan makanan yang sedap-sedap

10. Berbual-bual Dengan Rakan
Sesibuk manapun anda, cubalah cari masa berkualiti bersama rakan. Mungkin mencuri-curi masa semasa minum pagi atau makan tengahari. Berbual dengan rakan sekerja mungkin membantu anda mencari penyelesaian untuk menghadapi masalah di tempat kerja.


Ahad, 3 Februari 2013

Elakkan Kuning Pada Bayi

Penyakit kuning atau jaundis biasa dialami bayi yang baru lahir. Sebenarnya ia bukanlah suatu penyakit tetapi situasi sementara sebelum hati si bayi dapat berfungsi dengan baik. Tetapi jika ia berlarutan lama dan menunjukkan bacaan aras yang tinggi sudah pasti hati ibu bapa menjadi cuak.

Risiko jaundis ini lebih tinggi bagi ibu bapa yang berdarah jenis O. Berikut mungkin bakal-bakal mama dapat amalkan untuk mengurangkan masalah kuning ini.

1. Kacang Bendi
Amalkan memakan kacang bendi sebagai ulam semasa kandungan berusia 8 bulan. Lebih baik jika dimakan mentah-mentah. Cecah dengan sambal belacan atau budu pun sedap kan.

Bendi celur makan dengan sambal belacan, perghhhh, sangat-sangatlah yummy!

2. Elakkan Makan Jeruk

3. Amalkan Makan Buah Kurma Atau Jus Kurma

4. Vitamin D
Ambillah makanan yang banyak mengandungi Vitamin D semasa mengandung. Antaranya ialah minyak hati ikan, ikan air masin (laut), susu, telur, minyak ikan kod dan ikan salmon.

Ikan salmon pun salah satu my favourite food. Oh ! Sedapnya la haiiii.

5. Elakkan Halia, Kunyit dan Lada Hitam
Perrgghhh !! Susah juga nak elakkan makanan-makanan yang mengandungi semua bahan ni dalam masakan Malaysia ni. Tapi cubalah sedaya upaya yang boleh demi kesihatan bayi anda yang terchenta yer, huhu.

Cuba-cubalah ya, mana tahu kan berhasil dan sesuai dengan anda. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati.