My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 19 Januari 2013

Azam Baharu Di Takuk Lama

Rasanya belum terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2013. Weiii, apa azam korang ? Azam yang sama di renew setiap tahun ke, hehe. Aku pula, macam dah malas nak berazam-azam ni, memandangkan azam tahun lepas pun tak tercapai. Sebaliknya benda yang aku azamkan lagi 2 tahun pula yang dapat !! Apa benda tu ekk, biarlah rahsia....bak kata Dato' Siti. Syukur alhamdulillah sebab tercapai awal daripada target.

Sebenarnya banyak azam yang biasa-biasa jer, tapi susah sangat nak capai. Kenapa ? Sebab pandang mudah kot, atau rasa tak penting sangat. Menurut Mingguan Malaysia, berikut ni la azam tahun baru yang biasa orang niatkan, tapi jarang-jarang menjadi kenyataan.

1. Mahu Kurus
Agaknya ni kot azam sesetengah orang sejak 10 tahun lalu, tapi hakikatnya berat badan makin menaik, huhuhu.

2. Mahu Berhenti Merokok
Azam biasa orang lelaki. Hakikatnya makin berkepul-kepul asap dihasilkan !!!

3. Mahu Berjimat Cermat
Ini azam aku tiap-tiap tahun, tapi tak pernah jadi kenyataan. Makin nak berjimat, makin kuat pula aku beli benda-benda yang tak perlu. Sesetengah tu tak pakai langsung pun, alahai.

Bila nak kaya ekkk
4. Mahu Selesaikan Hutang-piutang
Ini juga azam aku tahun lepas, nak langsaikan hutang kad kredit. Alhamdulillah berhasil.

5. Menamatkan Zaman Bujang
Errrmmmm, eloklah kalau dah ada calon tu, cepat-cepat settle down. Tambah pahala dan kurangkan dosa. InsyaAllah.

6. Mahu Kereta Baru
Belilah kereta ikut kemampuan dan pendapatan. Tak guna juga ada kereta idaman pun tapi tak mampu nak isi minyak, atau nak hantar servis. Sudahnya kereta anda yang comel lote tu parking jer kat rumah. Kalau nak selamat, ikut formula ni : kos kenderaan tak melebihi 1/3 gaji kasar.

Hyundai Elantra, kereta idamanku, cun kan.
7. Mahu Sambung Belajar
Uiiihhhhh, bukan mudah ya, jika sudah bekerja dan beranak-pinak nak sambung belajar. Memang perlukan tahap keazaman dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Banyak sangat dugaannya tau tuan puan. Tapi jika ada niat tu, teruskan saja. InsyaAllah berkat kegigihan anda, apa yang dicita-citakan tercapai jua.

6 ulasan:

  1. waa...cantik kerta tu ....selamat berazam baru!..azam no1 to samalah dgn kita..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...kann...blm mampu beli lg la keta tuu....thn lepas berjaya kurg kan berat bdn 2 kg jerrrrr....huwaaaa!!!

      Padam
  2. belom terlambat nk pasang azam thun baru :)

    BalasPadam
  3. masih blh kejar lg azam tu hehe

    BalasPadam