My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 18 Jun 2011

Hakikat SeBenaR PerniaGaan MLM

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM (Multi Level Marketing) sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line).Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter contohnya, produk yang sama malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja, tetapi adakah patut Water Filter jika dijual secara MLM yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
 

Jika dibeli di kedai lagi murah....jadi kenapa biarkan diri tertipu...???

Tapi ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang jahil tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu dan Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Syarikat MLM sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau barang-barang mereka seperti Water Filter dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran, susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour.

So bagi memastikan, produk MLM dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang kita memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional macam ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang kita gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASB beribu-ribu hinggit sebab nakkan jugak manfaatnya.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan MLM. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines MLM ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan MLM kena bayar contohnya RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM21,000.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes MLM.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada pihak syarikat untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima , setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

dalam bisnes MLM....upline level paling atas la yang  lagi untung tau....
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat MLM meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat MLM cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan MLM (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat MLM ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)

So....kengkawan...renung2kan jika nak libatkan diri dalam bisnes macam ni ekk....pikir berkali2....mungkin akan dapat banyak untung jika banyak produk terjual tapi ia adalah seumpama hasil penipuan kerana jual produk berkali ganda lebih mahal dari harga asal....jika ikut hukum agama kita pun, tak sepatutnya dijual lebih dari 100% harga modal + kos kan....

sumber : e-mel from my dear pren....





3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. So kena jual goreng pisang je ke baru boleh berjaya?Fikir-fikirkanlah sikit.Nak meniaga macam mana nanti?Bukak kedai makan?Kalu tak laku camner?rugilah nanti.Bukak butik?kalau customer takde datang macam maner?Rugi beratus ribulah nanti.Bukak bisnes apa2 kalau tak laku jugak mcm maner nanti?..so baik kau tak yah meniaga.Keuntungan dan kekayaan dikaut orang lain la nanti.Ada peluang depan mata tak nak amik,miskinlah kau sorang2..biarkanlah org lain berjaya.Bukan semua orang fikir macam kau.

    BalasPadam