My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 18 Jun 2011

Hakikat SeBenaR PerniaGaan MLM

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM (Multi Level Marketing) sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line).Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter contohnya, produk yang sama malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja, tetapi adakah patut Water Filter jika dijual secara MLM yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
 

Jika dibeli di kedai lagi murah....jadi kenapa biarkan diri tertipu...???

Tapi ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang jahil tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu dan Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Syarikat MLM sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau barang-barang mereka seperti Water Filter dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran, susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour.

So bagi memastikan, produk MLM dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang kita memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional macam ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang kita gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASB beribu-ribu hinggit sebab nakkan jugak manfaatnya.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan MLM. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines MLM ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan MLM kena bayar contohnya RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM21,000.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes MLM.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada pihak syarikat untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima , setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

dalam bisnes MLM....upline level paling atas la yang  lagi untung tau....
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat MLM meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat MLM cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan MLM (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat MLM ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)

So....kengkawan...renung2kan jika nak libatkan diri dalam bisnes macam ni ekk....pikir berkali2....mungkin akan dapat banyak untung jika banyak produk terjual tapi ia adalah seumpama hasil penipuan kerana jual produk berkali ganda lebih mahal dari harga asal....jika ikut hukum agama kita pun, tak sepatutnya dijual lebih dari 100% harga modal + kos kan....

sumber : e-mel from my dear pren....





Selasa, 7 Jun 2011

My SweeT memoRieS in HonG KonG

Idea untuk ke Hong Kong ini sebenarnya timbul ketika bergebang dgn rakan2 sekerja masa waktu rehat. Yang sorang kata nak ke Jepun, sorang lagi nak ke Korea....so..dari situlah timbul idea nak ke HK ini. Sementelah bila dipikirkan ada Disneyland di sana.....wahhh....tentu seronok si kecik. Sebelum ini jika ke luar negara pun hanyalah yg dekat2 dgn Malaysia jer seperti Thailand dan S'pore...jadi apa kata pergi yang jauh sket kannn.....baru mencabar...hehhhehe...Rakan2 mencadangkan pergi sendiri tak perlu melalui tour agent....lagi best, jimat dan mencabar. Hmmm.....betul jugak kan...bila lagi nak test bakat explorace ni...hehhehhe...

Day 1 - Hong Kong International Airport 
Saat terlihat bumi HK dari udara, bibir tak henti2 tersenyum....wahhh....sampai jugak akhirnya. Alhamdulillah....hilang segala rasa bosan penerbangan selama hampir 4 jam tadi. Waktu sampai dah jam 7.00 petang. Pelik juga bila lihat jam di HK airport yang sama waktu dgn Msia. Rupa2nya waktu memang sama dengan Msia, yang berbeza cuma mentari di sini lebih cepat timbul atau tenggelam. Macam kat Sabah la, jam 6 pagi dah cerah gitu, jam 6 petang pulak dah mula gelap macam jam 7 pm.

Hong Kong International airport.....amat besarnya....huhu....
Besarnya airport HK ni bertingkat2....entah berapa kali kena turun esculator yang memang tinggi2, sampai si kecik pun dah nangis2 sebab gayat , bila dah sampai ke bawah kena naik MTR (train bawah tanah) plak untuk ke terminal lain bagi pemeriksaan imigresen. Hmmm....'nala' besarnya kata orang utara, terus rasa macam KLIA tu kecik ja, apalagi Penang airport...huhuhu. Boarding gate saja pun lebih 50 gate...pening nak carik tau. Masa pemeriksaan imigresen ramai sangat pelancong dari Jepun queue sama. Mereka ni agaknya lari dari kesan radioaktif la tu.

Dari HK airport yang terletak di Pulau Lantau ke Kowloon yang berada di main land (bersambung dengan China) ambil masa kira-kira sejam, dengan kos tambang antara RM100 - RM120. Di bahagian timur Kowloon, iaitu kawasan Tsim Sha Tsui, kami menginap di The Minden Hotel dengan kadar RM300 semalam. Jika kat Msia, harga cam gitu dah boleh dapat bilik mewah yang sangat luas, tapi di sini keluasannya cuma 27 meter persegi (dianggap antara yang paling luas di HK), muat2 saja untuk kami bertiga. Namun dilengkapi dengan fridge kecik, TV, aircond, peti safe, free internet dan bilik air yang ada alat pemanas. Bersih dan selesa juga.


Hidangan Pakistan.....RM70 satu set ni...huhu....
Malamnya jalan2 di bandar Kowloon yang sentiasa sibuk walaupun dah jam 9 @ 10 malam. Tak jauh dari hotel ada seorang mamat Nepal yang promote kami makan di kedainya, halal katanya. Kedai makan Pakistan yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan lama tu penuh sesak dengan pelanggan. Mahal sungguh makanan di sini, kira-kira RM30 seorang sekali makan (termasuk air mineral), dan tidaklah begitu kena dengan selera org Msia. Tapi takpe lah, takkan tak makan pula kan....jadi kalau berangan nak makan sedap2 di sini, lupakan je...ni lah baru dikatakan makan untuk hidup saja...hehhehhe....Nasib baik juga ada bawak bekal maggi, roti, jeli dan biskut, so kalau still terasa lapar makan je lah apa yang dibawa. Sebotol air mineral paling kecik pun (lagi kecik dari saiz botol Msia) reganya RM4....so ni kan pulak makanan lain....huhu...
Kowloon at night
Day 2 - Kowloon
Cuaca di sini lebih kurang sama dengan di Msia, cuma tidaklah seperit dan berbahang macam cuaca kita. Aku ingatkan kat sini sejuk, so semua pakaian yang aku bawa ala2 jaket gitu. Apalagi, berpeluh2 bila dah jalan banyak....huhu...nasib juga sepanjang di sini tak hujan , kalau tak tentu banyak program kena tunda. Menyusuri Middle road dan Nathan Road, Kowloon, ramai sungguh rupa2nya pendatang asing mahupun pelancong di sini. Rata2nya dari Pakistan, India dan Filipina, macam susah pula nak tengok wajah orang2 HK sendiri di sini.
Nathan Road....pendatang asing ja dok berkumpul kat sini
Kami singgah di sebuah bazar di Nathan road yang mana majoriti pekedai adalah orang Pakistan. Banyak jugalah cenderamata dan barang2 sempat beli di sini yang ternyata lebih murah dari kedai2 lain. Suami sempat beli i-pad dan i-phone clone yang hanya berharga RM200 dan RM300 setiap satu. Ok lah juga kualitinya, barulah merasa pakai i-pad....tapi bagi aku i-pad ni memang takleh ganti note book....note book lagi complete dan puas pakai.

Penat shopping singgah pula di gerai makan Pakistan. Ingatkan gerai ni lagi murah la dari restoren semalam, apalagi order makanan macam tak hingat, bila dah abis makan, mak ooiii....mahalnya kena bayar...sampai seratus lebih untuk kami bertiga....walhal banyak yang tak abis sebab tak sedap...huhuhu...padan muka.
Bandar Kowloon di waktu siang....kawasan East Tsim Sha Tsui
ole2 yang ku bawa pulang sebagai koleksi peribadi
Jalan-jalan lagi...turun ke subway pula untuk melintas lebuh raya. First time guna subway (jalan bawah tanah) , maklumlah mana ada kat Penang kan. Kagum juga dengan subway ni....bersih amat....besar lagi, tak rasa pun macam dok jalan bawah tanah. Orang pun ramai sebab stesen MTR (keretapi bawah tanah) pun di hujung subway ni. Siap ada hypermarket Sogo lagi dalam ni.

Bila dah sampai seberang sana jalan, hari pun dah malam. Jalan2 tepi laut pulak yang berdekatan muzium seni. Di seberang sana laut adalah Pulau Hong Kong yang lebih banyak dipenuhi bangunan-bangunan pencakar langit. Laut yang tenang tidak berombak ini buatku terkenangkan Penang dan Singapore. Ada pula feri dan boat2 yang bawa pelancong di sini. Memang indah pemandangan malam di sini.
subway....laluan pejalan kaki yang popular di sini
Sekitar Muzium Seni
Rupa2nya ada pertunjukan symphony of light di sini. Patut la ramai pelancong melepak di pantai ni. Symphony of light adalah pertunjukan cahaya yang menghiasi bangunan-bangunan pencakar langit yang terletak nun di seberang sana, di Pulau Hong Kong tu. Show ni buat aku teringat pada pertunjukan voice of the sea semasa melawat S'pore tahun lepas. tapi yang kat S'pore tu lagi best lah, maklum ler berbayar....yang ini free ja. Ramai sungguh pelancong yang tak lepaskan peluang saksikan free show ni. Habis jer show, jalan2 pula di Clock Tower yang indah dilimpahi cahaya dan ada kolam kecil cantik ditepinya. Selepas tu kami meninjau2 jetty untuk dapatkan maklumat tentang perkhidmatan feri di sini.
laut Hong Kong dan cruise malam
the clock tower
Day 3 - Museum Madam Tussaud dan Puncak bukit The Peak 
Muzium Madam Tussaud (MMT) terletak di atas puncak bukit yang dinamakan The Peak. The Peak ini terletak di Pulau Hong Kong, jadi dari Kowloon, kami perlulah menyeberang laut atau selat untuk ke sini. Banyak pilihan public transport yang ada iaitu bas, teksi, feri atau MTR. Tapi disebabkan memang kaki adventure maka yang jadi pilihan kami tentulah feri...hehehheh....Jadi pagi2 lagi kami dah naik Star Ferry dengan tambang yang cuma 70 sen seorang. Design feri ni sama macam Penang Feri cuma takde tempat untuk kereta dan bertutup, so takleh la nak menikmati angin laut HK. Kejap saja belayar dah sampai di Central Jetty Pulau HK. 
star ferry dan the central jetty
salah satu mercu tanda HK ni terletak di sini
Bangunan2 pencakar langit sekitar Hong Kong island
Bila sampai di Pulau HK ni barulah tak nampak muka pendatang asing, semuanya orang HK saja. Menurut seorang rakan yang pernah ke sini, yang tinggal di Pulau HK ni kebanyakannya orang2 kaya dan pelakon2 HK. Banyak shooting drama dan filem HK yang biasa kita lihat di TV dilakonkan di sini.

Mulanya ingat nak naik bas untuk ke peak, tapi nampaknya bas hanya akan datang pada jam 10 am, lagi sejam nak tunggu, jadi alternatifnya naik teksi ja la. Pemandu teksi yang warga emas ni boleh juga bercakap BM sikit2 sebab pernah ke Singapore dan Msia. Setelah melalui jalan yang berliku-liku akhirnya sampai juga di The Peak. Ermmmm.....indahnya pemandangan di sini.


what a beautiful view from the peak
Ada dua bangunan di The Peak ini yang dipenuhi galeri2, shopping complex dan kedai makan. Setelah breakfast di Delifrance, kami ke peak tower untuk menyaksikan pemandangan yang lebih indah. Sakan la posing kat sini sebab memang indah sekali viewnya. Boleh nampak sebahagian besar HK dari sini yang dipenuhi bangunan2 pencakar langit dan lautannya.Yang menariknya beberapa kali Minah Salleh offer diri untuk ambil gambar kami bertiga, kalau tak, takde la agaknya gambar kami bertiga dalam satu foto...huhuhu...Setelah puas di sini, turun ke tingkat bawah pula untuk shopping cenderamata, t-shirt dan mainan si kecil. Borong sakan lagi....semua nak beli rasanya...hehhehhe...harga pun berpatutan.


view dari the peak tower
view dari the peak 
Dah selesai shopping barulah tujui destinasi utama iaitu Muzium Mdm Tussaud di bangunan yang sama. Muzium ni sama seperti MMT asal yang ada di London sana. Kiranya cawanganlah ni. Tapi patung2 lilin yang ada di sini mungkin tak sebanyak di MMT London. Banyaklah personaliti2 popular yang dipatungkan di sini seperti keluarga Di-Raja British, artis2 Hollywood, Bollywood, Taiwan, Jepun dan Hong Kong sendiri. Berebut2 lah pelancong bergambar dengan patung2 ni, sampai kena tunggu lama, baru dapat turn.

Ada patung yang memang takleh nak bergambar sama pun sebab ramai dah sangat yang dok tunggu turn seperti patung Barack Obama. Ada juga patung2 yang kurang diminati seperti Ernstein dan Mahatma Gandhi...huhu...keciannn....Yang paling bengang apabila ada pelancong2 yang langsung tak hormat turn orang iaitu yang dari Pakistan dan India...huh..geram betul!!! Ternampak juga kelibat orang2 Msia di sini...mana2 pun ada orang Msia sekarang.
patung lilin pelakon terkenal HK....Jet Li
patung lilin artis2 Hollywood...The Beatles & Lady Gaga
Puas sudah menjelajah MMT , hari pun dah hampir petang. Untuk pulang kami cuba pula naik train yang lebih kurang sama macam Penang Hill train , dipanggil peak tram. Maklum la HK dan Penang adalah bekas bertapaknya kolonial British , itu yang banyak benda ada persamaan tuh. Menuruni bukit yang lurus saja jalannya ni, terasa seperti meluru turun rasanya....sedikit gayat. Namun pemandangan indah di celah2 bukit ni memukau pandangan, ada juga yg bina apartment mewah yang tinggi giler di sini. Sampai di bawah , kami terus bergerak mencari2 Central MTR stesen untuk pulang ke Kowloon.
dalam peak tram
Peak tram station terletak di bawah bangunan ni
Day 4 - Hong Kong Disneyland
Yesssaaa....inilah tujuan sebenar ke HK. Seawal pagi lagi kami turun ke subway yang berdekatan Middle Road untuk ke stesen Tsim Sha Tsui MTR. Ini kali kedua naik MTR selama di HK ni, dah cekap dah macam mana nak tengok map perjalanan MTR dan bayar tambang...hehheheh...laju sangat MTR ni bergerak. Kejap saja dah sampai destinasi...coach nya pun stabil, tak goyang2.

Untuk ke Disney, kami perlu naik MTR dari Tsim Sha Tsui dan turun di Lai King, dari Lai King teruskan perjalanan ke Sunny Bay...dari Sunny Bay, MTR Disney yang direka dengan watak kartun Mickey Mouse (mascot Disney) akan bawa pengunjung ke Disneyland Resort yang terletak di hujung Pulau Lantau. Kos tambang ke sini tak la mahal, kira2 RM18 (dewasa-sehala) dan RM9 (kanak2). Perjalanan ambik masa 30 minit saja.


Stesen MTR di Disney direka bagaikan wonderland....serba comel dan kiut...buat kanak2 terlompat2 girang...hehheheh....Sebelum pintu masuk Disney park terdapat replika ikan paus yang besar menjunjung mickey mouse dengan pancutan air yang terletak dalam kolam. Lain2 watak kartun pun ada dalam kolam ni seperti Donald Duck, Minnie Mouse dan lain2. Ralit sungguh lihat replika ikan paus ni macam dah lupa nak masuk Disneyland park.

Tiket masuk berharga RM130 seorang, sungguh berbaloi sebab tempatnya sangat luas dan banyak sangat event yang boleh dilihat. Walaupun dan habiskan sehari suntuk di sini tapi tetap ada event dan game yang tak sempat dirasai. Walau bagaimanapun tetap puas sebab kesemua pelosok park ni telah dijelajahi. Kiranya balas dendam la ni , sebab masa ke Universal Studios S'pore tahun lepas sempat jelajah dalam masa 3-4 jam saja!!!....huhuhu....Berada di sini bagaikan berada di alam fantasi kanak2, dengan bangunan2nya yang comel, istana fairy tale, watak2 kartun dan show2 yang menarik. Saya akan jelaskan secara terperinci tentang Disneyland ni dalam entry yang akan datang.

night view of Disneyland
Day 5 - The Stanley dan Ladies Market
Stanley yang terletak di hujung Pulau Hong Kong ni kiranya macam kawasan perkampungan la di HK ni. Tapi takda pun rupa kampung sebenarnya. Kebanyakannya Mat Salleh yang suka datang sini sebab jauh dari hiruk pikuk bandar. Malangnya tiada MTR ke sini, oleh itu terpaksa la naik bas dua tingkat dari bandar Kowloon yang dibawa laju merentasi bukit bukau HK. Jauh sungguh rasanya untuk ke sini, kira2 sejam setengah kot...sampai terlena2 dibuatnya. Tapi tambang cumalah RM7 saja. Stanley ni hubby punya target sebenarnya, teringin sangat nak ke Muzium Maritime yang ada kat situ katanya. 
nice view on the way to Stanley
Murray House at Stanley
Menurut ceritanya Stanley ni dulu adalah perkampungan nelayan. Pesisir lautnya yang indah memukau pandangan. Sekarang yang ada di sini ialah Stanley Plaza yang boleh tahan besar, restoren ala2 Inggeris, bangunan bersejarah zaman British iaitu Murray House, Stanley market dan tinggalan2 sejarah seperti telaga purba, temple lama dan perkuburan lama. Muzium Maritime terletak di dalam Murray House ini. Muzium ini memaparkan tentang sejarah marine di HK dan kapal-kapal lama.

Dari muzium ni, kami bergerak ke Stanley market yang menjual pelbagai barangan seperti cenderamata, pakaian dan beg dengan harga yang berpatutan. Aku sempat beli beberapa cenderamata, komputer bag, handbag dan shopping bag di sini. Beratus jugak lah habis....huhu....
Stanley Market
beautiful Stanley
Sayangnya tiada kedai makan yang halal di sini buatkan kami rasa sikit kebulur, maklum tak makan dari pagi. Lupa pulak nak bawa biskut, hanya minum air mineral ja...huhu...Setelah puas menyaksikan pesisir lautnya yang indah. Lagi sekali kami naik bas 2 tingkat untuk pulang. Sampai di Kowloon terus menuju ke kedai makan Turki , maklum dah lapar sangat....hehheheh....sedap juga makanan Turki rupanya, rugi tak try dari awal. Suka sangat masakan ikan panggangnya dimakan bersama nasi putih. Dah beberapa hari tak jumpa nasi putih....wahhhh....terasa amat sedapnya....hahhahha.....
Turkey food....sedaaaapppp....
Malamnya ke Ladies Market pula di Mongkok. MashaAllah....banyak betul barang2 jualan. Gerainya memanjang di sepanjang jalan Tung Choi Street ala2 gerai2 di Jln Masjid India. Jika berkenan apa2 , teruslah beli....jika nak jalan2 dulu, then patah balik...sori...tak sanggup, sebab dah jauh ke depan. Ramai juga kelibat orang2 Msia kat sini...hehhehe...

Sebab esoknya dah nak balik, so apalagi...abiskan la apa yang ada...Kat sini jika pandai tawar, harganya memang jauh lebih murah dari kedai2 lain di HK. Tapi hati2...pekedai2 sini tidak ramah dan jangan buat mereka marah. Jika tak mau beli, tak payah nak tengok lama2 barang2 mereka. Nanti tak pasal2 bawa balik kenangan pahit pula ke Msia....hehhehe...puas shopping di Ladies Market, aku sempat singgah di rangkaian kedai perfume SaSa yang banyak di HK. Sempat la sambar 2 botol minyak wangi yang rega RM23 dan RM16 jer tiap satu dari brand Christian Audigier (7.5ml) dan Papillons & Fleurs (100ml)...murahkan...tapi ori tau...
Ladies Market.....sakan shopping sini....hehhehhe.....
Day 6 - Hong Kong History Museum
Air Asia Flight ke Msia delay hingga jam 7 pm. Jadi untuk last day ni sempat la lagi jalan2 sekitar Kowloon ni. Hubby target nak gi Science Museum dan History Museum....sayangnya Science Museum tutup pulak hari tu. So, masuk history museum ja lah. Ingatkan history museum ni kecik aje, rupa2nya bertingkat2 besarnya, ada la dalam 5 tingkat kot. Adussss....tak sempat la nak visit semuanya...sebab jam 12 pm nak kena check out dah dari hotel.

Lepas check out, tumpang simpan bagasi jap kat hotel, pas tu jalan2 lagi buat kali terakhir di sekitar star ferry jetty dan muzium seni di persisiran laut Kowloon. Sedihnya....entah bila akan ke sini lagi...mulanya ingat nak juga naik star ferry buat kali terakhir tapi takut lambat pula ke airport yang agak jauh dari Kowloon ni. Hmmm....bye bye Kowloon....bye bye HK...panjang umur kan bertemu lagi. Kami happy di sini...terima kasih Allah kerana merealisasikan impian kami.
perkarangan history museum dan science museum
patung orang purba dan alat batu dalam history museum