My FoLLoWers~TQ~

Isnin, 11 Februari 2013

10 Cara Ringkas Ubati Stress

Bila tengah stress apa agaknya yang akan anda buat?? Dari pemerhatian, ada yang pergi gerai mamak untuk menikmati teh tarik, ada juga yang pulun makan banyak-banyak dan tak kesah jadi gemuk (hahaha...!!!! Lepas tu akan lebih stress bila berat badan makin naik). Bagi yang lelaki pula mungkin akan menghembuskan asap rokok banyak-banyak sampai jerebu satu bandar.

Beriadah di tasik yang indah begini mungkin menenangkan fikiran anda - Tasik Taiping
Bagi yang ada duit berkepuk-kepuk bolehlah pergi bercuti ke destinasi impian (ni yang jeles ni...ermmm). Ada juga yang suka shopping tapi lepas tu jadi lebih stress sebab duit habis ataupun melonggokkan lagi hutang jika guna kad kredit (huhu...). Tapi pernah kah terfikir sebenarnya banyak lagi perkara yang senang jer untuk dipraktikkan bagi meredakan stress, jom kita tengok :-

1. Mengambil Wuduk dan Solat
Tak sampai lima minit pun yang diperlukan untuk ambil wuduk kan. Begitu juga dengan solat, lima minit pun dah siap. Tatkala mengambil wuduk kita akan membasuh muka dengan air yang bersih, sekaligus meredakan perasaan stress yang bersarang di kepala. Begitu juga apabila solat, melafazkan ayat-ayat suci al-Quran dan berdoa semasa sujud membuatkan kita rasa lebih tenang.

2. Memeluk Yang Disayangi
Peluk apa ya, boleh jadi suami, anak, ibu bapa, datuk nenek, teddy bear mahupun binatang peliharaan anda. Peluklah erat-erat dan rasakan kedamaian yang meresap ke dalam jiwa yang lara.

Memerhati gelagat anak-anak kucing bermain pun boleh redakan stress

3. Minum Air Kosong
Air kosong akan membantu keluarkan toksin dari badan dan seterusnya meredakan stress. Disarankan untuk minum 8 gelas sehari bagi mengoptimumkan kebaikannya. Selain menenangkan fikiran, minum banyak air juga akan membantu kurangkan berat badan dengan pengeluaran lemak melalui air kencing. Haaa! Dah tentu bertambah gembira kan, tenang dapat , badan slim pun dapat!!

4. Ketawa
Tengok dan dengarlah cerita-cerita yang lucu dan ketawalah sepuasnya. Anda pasti berasa lebih aman selepas itu. Tapi awasss !! Jangan lah pula berlebih-lebihan, nanti orang ingat anda tak betul pula, hehe.

5. Pakai Baju Yang Cantik dan Bersih
Haaaa!! Jangan tak tahu ya, aura dari baju yang cantik dan bersih akan membuatkan kita bersemangat untuk aktiviti hari itu. Apalagi jika teman-teman (kalau bernasib baik mungkin bos yang puji) memuji-muji penampilan anda, sudah tentu perasaan gembira tersebut akan memudarkan kegelisahan anda.

Pakailah tudung yang cantik dan berkualiti seperti adijuma ni. Tentu anda rasa lebih gembira.

6. Minum Secawan Teh Panas
Kandungan chamomile di dalam teh dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Hasil kajian London Kolej Universiti mendapati mereka yang minum teh hitam menghasilkan kandungan kortisol yang kurang. Kortisol ialah bahan yang boleh meningkatkan hormon stress yang biasanya terdapat dalam minuman berkafein seperti kopi.

Green Tea Jepun mempunyai banyak khasiat semulajadi

7. Banyakkan Berjalan Kaki
Tahukah anda berjalan kaki selama 20 minit sehari akan membantu sistem badan untuk menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tahap stress anda. Lagi baik jika anda rajin bersenam aerobik kerana senaman ini akan menghasilkan endorphin yang menenangkan fikiran.

8. Menangis
Bagi orang lelaki, menangis mungkin menyebabkan maruah mereka jatuh berdebuk. Tapi ramai yang tak tahu menangis adalah cara semulajadi untuk menyahtoksin dari badan, sekaligus akan meredakan stress dan menerbitkan rasa riang di dalam diri.

9. Hargai Diri Sendiri
Mungkin anda pernah dengar, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain. Hargai diri dengan menggembirakan diri sendiri, makan makanan yang anda suka (awas!!! jangan sampai gemuk sudahlah ya, nanti lagi stress), beli apa yang anda kehendaki selama ini (jika mampu) dan buatlah apa saja aktiviti kegemaran anda, insyaAllah jika anda terasa berharga, maka diri akan terasa lebih tenang dan kasih sayang anda juga akan melimpah untuk orang lain di sekeliling anda.

Sesekali manjakan diri dengan makanan yang sedap-sedap

10. Berbual-bual Dengan Rakan
Sesibuk manapun anda, cubalah cari masa berkualiti bersama rakan. Mungkin mencuri-curi masa semasa minum pagi atau makan tengahari. Berbual dengan rakan sekerja mungkin membantu anda mencari penyelesaian untuk menghadapi masalah di tempat kerja.


Ahad, 3 Februari 2013

Elakkan Kuning Pada Bayi

Penyakit kuning atau jaundis biasa dialami bayi yang baru lahir. Sebenarnya ia bukanlah suatu penyakit tetapi situasi sementara sebelum hati si bayi dapat berfungsi dengan baik. Tetapi jika ia berlarutan lama dan menunjukkan bacaan aras yang tinggi sudah pasti hati ibu bapa menjadi cuak.

Risiko jaundis ini lebih tinggi bagi ibu bapa yang berdarah jenis O. Berikut mungkin bakal-bakal mama dapat amalkan untuk mengurangkan masalah kuning ini.

1. Kacang Bendi
Amalkan memakan kacang bendi sebagai ulam semasa kandungan berusia 8 bulan. Lebih baik jika dimakan mentah-mentah. Cecah dengan sambal belacan atau budu pun sedap kan.

Bendi celur makan dengan sambal belacan, perghhhh, sangat-sangatlah yummy!

2. Elakkan Makan Jeruk

3. Amalkan Makan Buah Kurma Atau Jus Kurma

4. Vitamin D
Ambillah makanan yang banyak mengandungi Vitamin D semasa mengandung. Antaranya ialah minyak hati ikan, ikan air masin (laut), susu, telur, minyak ikan kod dan ikan salmon.

Ikan salmon pun salah satu my favourite food. Oh ! Sedapnya la haiiii.

5. Elakkan Halia, Kunyit dan Lada Hitam
Perrgghhh !! Susah juga nak elakkan makanan-makanan yang mengandungi semua bahan ni dalam masakan Malaysia ni. Tapi cubalah sedaya upaya yang boleh demi kesihatan bayi anda yang terchenta yer, huhu.

Cuba-cubalah ya, mana tahu kan berhasil dan sesuai dengan anda. Kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Khamis, 24 Januari 2013

Hong Kong DisneyLand

Inilah faktor utama ke Hong Kong, teringin sangat nak melawat Disneyland sebenarnya, hehe. Hari ke empat di Hong Kong barulah kami merancang perjalanan ke Disneyland yang terletak di hujung Pulau Lantau. Tak jauh sangat dari tempat kami menginap (East Tsim Sha Tsui, Kowloon). Kira-kira 30 minit saja menggunakan MTR (Mass Transit Railway). Tambang pun tak mahal kira-kira RM9.00 sorang pergi balik.

MTR dari Sunny Bay ke Disneyland direka bentuk dengan simbol Mickey Mouse
Harga tiket masuk ke Disneyland ialah RM130 sorang. Berbaloi rasanya sebab tempatnya memang luas iaitu merangkumi 22.4 hektar tanah. Show-show yang ada kat sini pun memang banyak sampai tak abis nak tengok semua, walaupun sehari suntuk spent masa kat sini.

Itu tak masuk lagi game-game yang ditawarkan, tak sempat nak main semua game. Yang bestnya semua game dan show tak kena tiket dah. Kiranya bayar jer harga tiket masuk RM130 tu, dah dapat main atau nonton semua show dan game yang ada kat dalam ni.

Sebelum melangkah masuk ke taman tema, anda akan disajikan dengan pancuran air tercantik di dunia ni.
Tema park ni telah dibuka sejak 12 September 2005 lagi. Setiap hari kira-kira 34,000 pengunjung datang ke sini. Dalam setahun hampir 5 juta orang dari serata dunia datang ke sini. Ermmm, memang ramai kan. Tapi disebabkan tempatnya yang luas, tak lerr rasa sesak nafas macam kat Pesta Penang atau jom heboh TV3 tu, hehhehe.

Cuma bila nak tengok show atau main game baru ler terasa betapa penatnya kena line-up, huhu.Tips nya jika tak mau beratur panjang, rajin-rajinlah tengok jadual show dan game yang diberikan. So agak-agak dalam 15 minit sebelum show atau game mula, dah terpacak tunggu kat lokasi berkenaan.

laman depan Disney Park, keretapi dah siap tunggu pengunjung untuk kelilingi  Taman tema
Pengunjung Muslim tak yah risau yer, ada disediakan restoren yang jual makanan halal.
Disneyland Resort ni terbahagi kepada empat bahagian iaitu : Main Street USA, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Pastikan anda sempat melawat semuanya, kalau tak rugi beb. So rancang lawatan anda dengan baik agar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya yer.


Main Street USA
Bila masuk jer tema park, inilah kawasan pertama yang ditempuhi. Dinamakan sempena sebatang jalan di USA sana. Masa masuk ke sini ada dua watak kartun iaitu Mickey Mouse dan Minnie Mouse sedang melayani peminat. Boleh la bergambar dengan mereka kalau nak. Tapi sebab malas beratur, kami lihat dari jauh saja.

trak penumpang ala-ala zaman 1800-an
Kat sini ada disediakan truck dan bas ala-ala USA type zaman dulu untuk mengangkut pengunjung. Semua bangunan-bangunan di sini direka seperti yang ada di Barat era abad ke 20. Comel-comel semua bangunannya macam dalam citer kartun. Semua bangunan ni dijadikan kedai menjual cenderamata.

Sebuah bangunan yang dinamakan City Hall dijadikan pejabat Perhubungan Pelanggan. Kat sini juga ada stesen keretapi yang membawa pengunjung kelilingi tema park. Dari kawasan ni boleh dilihat replika istana Sleeping Beauty yang memukau pandangan.

teksi comel bergerak perlahan mencari penumpang

Adventureland
Adventureland di sini merupakan yang paling besar berbanding Disney Park lain. Kat sini ada pulau yang mana terletaknya rumah pokok milik Encik Tarzan. Rakit yang comel akan membawa anda ke pulau Tarzan ni.

Rumah pokok yang dibina atas pokok buatan ini amat menarik reka bentuknya. Bertingkat-tingkat tingginya, siap ada jambatan gantung yang menyambung dari satu dahan ke dahan yang lain. Memang seronok untuk explore.

Rumah Tarzan atas pokok buatan, wish I have this type of house  too
Atas pokok ni ada beberapa pondok kecil yang mengandungi patung-patung tarzan dan watak yang berkaitan dengan cerita Tarzan, dan juga kitab-kitab terbuka yang menceritakan perihal tarzan ini.

Di bawah rumah tarzan pula diletakkan harta benda tarzan seperti dapur, periuk, pinggan, lampu dan alat-alat muzik. Ada seekor patung anak gajah di sini yang kelihatan seolah-olah gajah hidup, sebab boleh menggerakkan belalainya, comel jerr.

Patung Tarzan and Jane dalam salah satu pondok
Pondok ni menceritakan bagaimana Tarzan dibesarkan oleh mak angkat dia yang ganteng, hihihi.
Amboooiiiii, banyak nya reta benda Tarzan ni ekk, kau ada ????
Anak gajah belaan Tarzan, kiutnya la haiii
Pulau Tarzan dikelilingi sungai buatan seperti yang terdapat di Amerika latin. Ada cruise yang bersedia membawa pengunjung menikmati pemandangan di sepanjang sungai.

Ala-ala Sungai Amazon kot, siap ada patung gajah lagi di tebing sungai

Tak sempat naik cruise ni, tak pa laaa, kami ada misi yang lebih penting !! Huh !!
Kembali dari Pulau tarzan, tiba-tiba saja kami nampak ramai orang berlari-lari ke satu kawasan. Rupa-rupanya Festival of the Lion King show dah nak mula, patutlah pun. Semua dijemput masuk ke satu dewan besar yang unik ala-ala rumah besar yang penuh misteri.

Menarik juga show the Lion King ni yang diadaptasi dari cerita kartun Lion King. Show dibuat seperti teater yang dilakonkan oleh pelakon yang memakai kostum-kostum binatang. Memang sangat happening !!

Festival Of The Lion King Show
Lepas tengok show kami bergerak pula ke bahagian Fantasyland. Di pertengahan jalan terdapat lokasi gunung berapi buatan, taman alat-alat muzik tradisional dan patung-patung ukiran kayu yang memuntahkan wap.

Patung-patung ukiran kayu yang pandai muntahkan wap air

Gunung berapi buatan sedang  meletus
Fantasyland
Semasa tiba di sini kebetulan watak kartun Pixie Hollow yang comel dan ramah sedang bergambar dengan peminat. Malas nak beratur aku ambil gambarnya dari jauh saja.

Daripada banyak-banyak bahagian tema park ni, aku rasa fantasyland ni lah yang paling menarik sebab ada banyak bangunan yang berkaitan citer kartun, banyak show, game, replika yang comel-comel dan juga perarakan kereta berhias (the parade). Rasanya kat sinilah kami paling banyak habiskan masa.

Pixie Hollow bergambar dengan 2 orang pelancong
Bangunan yang ada di sini termasuklah Merlin house, istana Winnie the Pooh dan istana Small World. Disebabkan permainan yang ada kat sini seperti gajah terbang dan pasu berputar biasa aku jumpa kat tema park di Malaysia, maka kami fikir tak payahlah buang masa main benda-benda tu semua.

Fantasy Land
Masa yang ada seterusnya digunakan untuk meninjau-ninjau fantasy gardens yang besar dan dihias indah. Semua pokok-pokok bunga di sini dijaga dengan sungguh rapi. Ada replika penyapu terbang yang menarik hati si kecil. Lama juga dia bermain-main dengan penyapu dan baldi ajaib tersebut.

Fantasy Gardens, beautiful !!!
Selepas tu kami menyertai orang ramai yg berpusu-pusu melihat perarakan kereta berhias dari the Lion King Show, Pixie Hollow dan lain-lain kereta yang bertemakan cerita kartun. Memang sangat-sangat meriah dan gamat.

The parade

Kereta berhias Pixie Hollow sedang berarak
Habis saja perarakan ni kami cepat-cepat berbaris di luar panggung teater the Golden Mickeys. Nasib baiklah cepat jika tidak kena tunggu kira-kira sejam lagi kerana ada limit nak masuk panggung ni.

Show the golden Mickeys ni pun dalam bentuk teater, memang menarik dan menghiburkan. Si kecil lah yang paling seronok sebab dia memang peminat setia Mickey Mouse.

The Golden Mickeys Show
Habis show the Golden Mickeys, kami memasuki istana the Small World pula. Besar dan comel sungguh istana ni. Hati tertanya-tanya apa agaknya yang ada di dalam istana ni. Selepas melewati lorong yang berliku-liku akhirnya membawa kami ke tempat water cruise.

Setiap cruise yang boleh menampung kira-kira 12 pengunjung tersebut membawa kami menerokai seluruh ceruk istana yang dipenuhi patung-patung comel. Di kiri kanan tebing sungai kecil ni terdapat pelbagai jenis patung, ada yang menari, menyanyi, ketawa dan bermain. Seperti berada di Toy Land rasanya, menakjubkan!!

Beribu-ribu patung comel menanti kedatangan anda di Small World Castle
Ketika sudah berada di luar istana, keluarlah pula anak-anak patung comel berbaris-baris di bumbung istana. Hrmmmm, sungguh unik dan menarik hati. Puas rasanya dihiburkan dengan patung-patung comel ni.

Selepas tu kami menjenguk pula ke istana Winnie the Pooh. Comel istananya tetapi ramai sangat dah orang beratur untuk memasuki istana. Nak tunggu pun lama lagi, hari pun dah hampir senja sedangkan ada satu bahagian lagi yang kami belum pergi iaitu Tomorrowland.

Winnie The Pooh castle
Tomorrowland
Pengembaraan ke dunia masa depan, begitulah konsep tomorrowland ini. Jadi dah tentu penuh dengan watak-watak kartun dunia angkasa lepas, planet-planet dan robot-robot canggih.

Robot gergasi yang boleh berputar-putar

Dunia masa depan, Tomorrow Land
Permainan yang ditawarkan di sini ialah space mountain iaitu menaiki roller coaster yang seolah-olah menaiki roket ke angkasa lepas, Buzz lightyear iaitu permainan lawan-lawan tembak guna pistol laser, seolah-olah berperang dengan aliens . Target nak main benda ni, sayangnya ada masalah teknikal pulak hari tu, huhuhu, rugi-rugi.

Di sini juga anda boleh menyaksikan alien stitch show, memandu kereta mainan yang melalui lanskap bumi alien (best juga, walaupun takut terbabas) dan menaiki orbitron yang berupa kapal angkasa mini mengelilingi tomorrowland.

Kesuntukan masa, game kereta ni saja lah yang sempat main
Jika bersedia untuk basah bolehlah bermain-main dengan objek-objek UFO yang akan memercikkan air melalui senapang air. Dah tentu kami tak main benda ni, kang tak pasal-pasal balik dengan baju basah kuyup!!

Robot yang bersedia membasahkan anda !!!
Jika bernasib baik mungkin anda akan berjumpa dengan penghibur-penghibur yang bermain muzik di  Tomorrowland Street. Masa kami sampai dah lewat, jadi tak sempatlah nak tengok semua tu, hrmmm, banyak yang terlepas ni.

Tapi memang mustahil nak melawat semuanya dalam masa sehari. Namun hati terasa puas dapat jalan-jalan di sini sambil menyaksikan objek-objek pelik tentang khayalan masa depan.

Penjelajahan Berakhir
Hari dah malam. Tak lama lagi taman tema ini akan ditutup kepada pengunjung. Jika pengunjung tak ramai, ia akan ditutup lebih awal katanya. Tapi hari ni nampaknya mereka benarkan sehingga jam 8 malam, mesti ramai orang hari ni. Banyak untung la tu, kan, hehe.

The sleeping Beauty Castle, pertunjukan bunga api akan dibuat di sini masa penutup nanti
Fireworks show
Pertunjukan bunga api yang gilang gemilang bermula, petanda Disneyland akan ditutup sebentar lagi. Wow!!! asyik sungguh melihat kemeriahan bunga api ni sambil disambut jeritan-jeritan pengunjung yang terhibur.

Disneyland at night



Selepas selesai dentam-dentam bunga api tersebut, maka keluarlah kami berpusu-pusu ke laman luarnya. Rilek-rilek kejap depan pancutan air paus besar, sambil menikmati keindahan panaroma malam di sini, begitu mengasyikkan. Setelah itu kami menaiki MTR lagi menuju ke Kowloon. Woahhh!!! Walaupun letih, sungguh berbaloi rasanya pengalaman hari ini.


Rabu, 23 Januari 2013

WW#4 : Watak Kartun

Semua ni patung-patung dan watak kartun yang aku jumpa kat Hello Kitty Town, Johor Bahru. Kiut-miut tau. Suka mokcik tengok, hihi.