My FoLLoWers~TQ~

Ahad, 16 Disember 2012

Hak Seorang Perokok

Iklan sebesar satu muka surat penuh sebuah akhbar tempatan ini menarik perhatianku. Sedar tak sedar keseluruhan kandungan iklan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) itu telah aku baca. Rupa-rupanya seorang perokok pun ada hak tau. Hak apa ? Haaaa, cuba baca kat bawah ni :

Hak Untuk Mengetahui Hakikat Sebenar Di Sebalik Harga Sebatang Rokok !



Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau.
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok.
  • 5 sen untuk peruncit.
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok.
  • 1 sen untuk penanam / pengawit tembakau.
Jadi berapakah harga sebenar sebatang rokok ? 5 sen saja !!

Bakar duit !!
Setiap rokok yang dihisap juga akan menghadiahkan anda banyak perkara :
  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru.
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru.
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat.
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung.
  • 2 kali lebih risiko serangan strok.
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.

Jadi, tunggu apa lagi, berhentilah sebelum terlambat !!!