My FoLLoWers~TQ~

Sabtu, 17 Disember 2011

Awas!!! Racun Dalam Kereta!!!

Kebanyakan buku panduan kereta menyatakan, sebelum penyaman udara dibuka, tingkap hendaklah diturunkan dahulu bagi mengeluarkan udara panas yang terperap. Maksudnya selepas anda memasuki kereta, hidupkan enjin dan buka tingkap kereta selama beberapa minit. Selepas itu, barulah penyaman udara dihidupkan. Mengapa agaknya perlu berbuat demikian ?? 

memandu kereta dengan tingkap terbuka mungkin lebih baik, tapi sanggupkah anda dalam keadaan cuaca negara kita yang sangat berbahang ni....huhu...

Sebabnya menurut kajian, papan pemuka kereta (dashboard), kerusi dan penyegar udara mengeluarkan benzene iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser. Jadi tidak hairanlah jika semakin ramai orang mati akibat kanser dari hari ke hari. Manakan tidak, setiap hari, sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan petang kita akan berada di dalam kereta. 


Selain itu, benzene juga meracuni tulang yang mengakibatkan anemia dan mengurangkan sel darah putih dalam tubuh. Pendedahan yang berpanjangan akan menyebabkan leukemia dan meningkatkan risiko kanser yang lain. Bahan toksik ini juga boleh menyebabkan keguguran kandungan, kerosakan buah pinggang dan hati. 

Tahap benzene yang boleh diterima dalam bangunan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Sebuah kereta yang diletakkan di dalam bangunan dengan tingkap tertutup mengandungi 400-800 mg benzene. Jadi bagaimana jika kereta diletakkan di luar rumah di bawah cahaya matahari pada suhu 16 darjah celcius ?? (Ini cuaca di negara sejuk, jika di Malaysia lagi la panas terik). Jangan terperanjat kerana tahap benzene dalam kereta sebegini akan meningkat sehingga 2000 - 4000 mg!!! Iaitu 40 kali ganda daripada tahap yang boleh diterima. 


Jadi orang yang masuk ke dalam kereta dengan tingkap bertutup, tidak dapat tidak tentu akan terpaksa menyedut jumlah toksin yang berlebihan. Apa yang lebih teruk, toksin ini sukar dibuang daripada badan!!! Jadi untuk mengurangkan risiko ini, sebelum masuk kereta, sila buka tingkap dan pintu kereta anda bagi memberi laluan racun ini keluar. Masalah ini bukannya terletak pada penyaman udara kereta, tetapi peralatan lain dalam kereta yang boleh menghasilkan benzene. 




Sabtu, 10 Disember 2011

Alamak!! Bau Badan!!

Rasanya rakyat Malaysia agak beruntung kerana masalah bau badan masyarakat kita tidaklah ketara. Kalau kita berurusan dengan 50 orang setiap hari di Pejabat atau mana-mana saja, mungkin 5 orang saja yang kita tercium bau badan mereka yang agak kurang harum. Kebanyakannya berbau neutral atau wangi semerbak mengalahkan artis dan model.

Tapi jika anda selalu berurusan dengan warga luar terutamanya yang dari Timur Tengah tu, haaa...di sinilah cabarannya. Dalam jarak sebatu dah tercium bau-bau yang agak meloyakan tekak. Itulah yang dikatakan bau semulajadi badan seseorang, ada yang tiada masalah bau badan dan ada segelintir dari kita yang memang mempunyai bau badan pada tahap kritikal.


Bagaimana rasanya jika anda termasuk dalam golongan yang bermasalah macam ini. Hoho...sudah tentu memalukan bukan, apalagi jika anda adalah kaum Hawa. Kalau nak senang atau penyelesaian dalam tempoh beberapa jam , boleh jer calit banyak-banyak deodoran atau pewangi ketiak. Selain itu mungkin anda boleh  mencuba altenatif-altenatif ini :

1. Benzoyl Peroxide dan Penyegar
Benzoyl Peroxide berupaya membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya bau yang kurang menyenangkan. Caranya semasa mandi, gunakan pembersih muka yang biasanya mengandungi Benzoyl Peroxide untuk mencuci bawah lengan. Selain itu penyegar atau toner muka juga boleh digunakan untuk mencuci ketiak. Caranya ambil kapas muka yang telah dibasahkan dengan toner dan lapkan pada ketiak. Selepas itu bolehlah pakai deodoran seperti biasa.

2. Teh Hitam
Ramai yang tak tahu bahan yang terdapat dalam teh hitam mampu mengurangkan pengeluaran peluh oleh bahagian bawah lengan. Caranya, rebus sedikit teh hitam dan tuangkan di atas sehelai kain. Biarkan hingga sejuk, lalu lapkan ke bahagian ketiak selama lebih kurang lima minit. Lakukan kaedah ini setiap malam selama dua minggu. InsyaAllah hasilnya memuaskan.

3. Rajin Mandi
Cuaca negara kita yang panas lembap ini sangat sesuai untuk kita rajin-rajinkan diri ke kamar mandi. Semasa mandi pastikan anda tidak lupa untuk menggosok dan mencuci bersih-bersih ketiak dengan sabun antiseptik. Setelah keringkan dengan tuala, jangan lupa menyapu deodoran.

4. Menjaga Pemakanan
Sebaiknya hindari makanan yang dapat merangsang pengeluaran peluh berlebihan sehingga menimbulkan masalah bau badan. Antara makanan yang menyebabkan masalah bau badan ialah bawang merah, bawang putih, petai dan daging kambing.Sebaiknya dibanyakkan pengambilan air putih, buah-buahan dan sayuran. Pengalaman saya dengan seseorang yang sangat suka makan petai ialah....perghhhh....bau badannya...memang boleh pengsan dibuatnya jika dia melintas berhampiran...huhu.

5. Hindari Tekanan
Memang banyak keburukan stres ni kan. Sudahlah akses yang baik untuk penyakit jantung, darah tinggi dan kemurungan, bau badan pun dapat juga. Ini kerana kelenjar aprocine yang mengeluarkan peluh bekerja lebih aktif ketika seseorang itu sedang stres. Jadi, jangan nak stres-stres, gembiralah selalu, hasilnya wajah anda berubah manis....bau badan pun wangi tau...ahakkss!!